• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Alpa, Pandang Remeh Penubuhan Parti Baharu

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Jailani Johari mengingatkan anggota dan pemimpin parti supaya jangan alpa dan memandang remeh penubuhan parti baharu oleh bekas pemimpin UMNO.

Beliau berkata mereka harus bekerja lebih kuat sebagai satu pasukan bagi memastikan pengaruh parti baharu itu kelak tidak menular khususnya di Terengganu.

“Saya menyeru kepada semua pihak (pemimpin) dan anggota UMNO supaya tidak leka dan memandang remeh akan penubuhan parti itu dan kita haruslah lebih bekerja kuat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak selaku Bendahari UMNO.

Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bagaimanapun yakin parti baharu itu tidak akan berkekalan dan akan berkubur.

“Saya yakin parti baharu tersebut akan terkubur pada PRU14 (pilihan raya umum ke-14) nanti seperti yang pernah berlaku kepada parti Semangat 46,” katanya.

Jailani berkata kekuatan UMNO bergantung pada keupayaan mempertahankan perpaduan dan menyelesaikan segala kemelut dalam parti walau sekecil mana sekalipun. – BERNAMA

Tags: Jailani JohariUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd