• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman CCTV Di Restoran Syed Bistro Tak Diubah

oleh Ahmad Albab
19/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, yang membicarakan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, diberitahu bahawa tarikh dan masa pada kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakamkan di sebuah restoran, tidak pernah diubah atau disunting oleh restoran itu.

Pengurus Restoran Syed Bistro Petaling Jaya, Muhammad Nizam Hajanajimudeen, 29, berkata CCTV di restoran itu juga berada dalam keadaan baik kerana ia baru dipasang selepas restoran itu diubah suai.

“Saya boleh sahkan CCTV dalam keadaan baik. Tarikh dan masa pada CCTV pula mengikut waktu Malaysia yang ditetapkan oleh operator pemasangan ketika memasang CCTV itu,” katanya ketika pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud pada sesi perbicaraan kes itu yang masuk hari ke-20, hari ini.

Muhammad Nizam, yang merupakan saksi pendakwaan ke-30, berkata beliau bekerja di restoran itu sejak 10 tahun lepas.

Terdahulu, ketika pemeriksaan utama oleh Masri, Muhammad Nizam memberitahu bahawa pada 20 September 2015, empat hari selepas Kevin Morais ditemukan mati, beliau dipanggil untuk membantu seorang anggota polis mendapatkan rakaman CCTV di restoran itu.

Menurutnya hanya beliau mempunyai akses dan kata laluan untuk membuka CCTV di restoran itu.

“Seorang kakitangan telefon saya memberitahu ada polis nak tengok CCTV saya datang untuk ‘footage‘, dia tidak beritahu kes apa. Masa itu saya berada di Shah Alam,” katanya.

Saksi itu berkata beliau kemudian memuat turun rakaman yang dikehendaki ke dalam pemacu pena dan menyerahkannya kepada Juruanalisis Unit Siasatan Audio Video Makmal Forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Cheras, Inspektor Mior Samsul Abdul Rahman untuk dipindahkan ke video cakera padat digital.

Enam lelaki – G. Gunasekaran, 48, R.Dinishwaran, 24, A.K. Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath, 26, S.Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45 – yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais di antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015 di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 20 Sept depan. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Morais
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sekali Lagi Tanya Kit Siang Mana Pendrive?

30/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut veteran DAP, Lim Kit Siang mengemukakan pendrive yang sebelum...

Saya Ditawar RM1.5 Juta Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

27/08/2018
0

KUALA LUMPUR — “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,”, dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd