• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Hilang Dakwa Jumpa Wanita Bagi ‘Duit Daun’

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MISTERI seorang anggota polis marin yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas, akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai, Melaka, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, Rahim @ Norizam Darisun, 47, ditemui dalam keadaan lemah oleh pihak polis selepas berjaya mengesan gelombang talian telefon bimbit milik mangsa.

Sebelum ini mangsa dikatakan hilang ketika dalam perjalanan ke Muar, Johor selepas menghantar isterinya di sebuah hospital swasta di Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata, mangsa bertolak ke Muar kira-kira pukul 6.30 pagi selepas menghantar isterinya dan sepatutnya melapor diri ke pejabat tetapi gagal dikesan.

“Pasukan Polis Marin Muar mencarinya dari laluan Batu Pahat ke Muar namun gagal. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi.

“Mereka turut menghubungi pendaftaran masuk semua hospital di Muar dan Batu Pahat selain cuba menghubungi telefon bimbit mangsa, namun semuanya gagal sebelum laporan polis dibuat.

“Polis melancarkan gerakan di sepanjang laluan Batu Pahat-Muar dan melakukan pengesanan ke atas nombor telefon bimbitnya sebelum mangsa dikesan kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

“Dia ditemui kira-kira 70 kilometer (KM) dari lokasi dilaporkan hilang dan berkeadaan lemah,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, hasil soal siasat, mangsa mendakwa menumpangkan seorang wanita dan anaknya di hospital berkenaan tetapi tidak mengingati apa yang berlaku.

Menurut mangsa lagi, wanita berkenaan juga sempat memberikan wang kepada mangsa ketika turun dari kenderaan.

Pun begitu, semasa ditemui polis, mangsa mendapati duit tersebut adalah daun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Misteripolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd