• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fokus Bila Berdepan Dengan Lin Dan – Bapa Chong Wei

oleh Ahmad Albab
19/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Bapa pemain badminton nombor satu negara, yakin anaknya Datuk Lee Chong Wei, boleh mengalahkan pemain China Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir badminton Sukan Olimpik malam ini, jika dia fokus.

Lee Ah Chai berkata itu juga nasihat beliau sebelum anaknya berangkat ke Rio de Janeiro supaya anaknya bermain seperti biasa, fokus dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling.

“Kamu pasti boleh!”, nasihat bapanya yang menegaskan Chong Wei sangat komited untuk melakukan yang terbaik buat negara kerana ini mungkin peluang terakhirnya bertanding di sukan berprestij itu.

Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya, Lin Dan yang menggagalkan misinya untuk memperoleh emas dalam Sukan Olimpik 2008 dan 2012.

Ah Chai yang juga sangat berpengalaman dalam sukan badminton, berkata perlawanan itu sukar untuk diduga tetapi sekiranya diperhatikan dengan teliti, pukulan Lin Dan adalah lebih perlahan daripada Chong Wei dan Chong Wei perlu mengambil kesempatan atas kelemahan itu.

“Lin Dan dan Chong Wei ialah pemain yang hebat. Kemenangan akan berpihak kepada siapa yang kurang melakukan kesilapan,” katanya.

Chai juga yakin sekiranya Chong Wei berjaya menewaskan Lin Dan, peluang untuknya memperoleh emas di Olimpik Rio sangat cerah.

“Chong Wei bukan anak saya seorang tetapi juga anak Malaysia. Saya berharap rakyat Malaysia akan menyokong beliau dalam perlawanan malam ini,” katanya.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan untuk aksi separuh akhir badminton perseorangan lelaki kira-kira pukul 7.30 malam waktu Malaysia dan bapanya akan menonton perlawanan secara langsung di Langkawi bersama isteri dan rakan-rakan. – BERNAMA

Tags: Lee Chong WeiLin Dan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd