• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Potong Lidah Untuk Tawar Pada Tuhan

oleh AK-47
20/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis berusia 19 tahun di India mengejutkan ramai apabila nekad membuat keputusan memotong lidahnya dengan pisau untuk ditawarkan kepada Dewi Kali.

Aarti Dubei berbuat sedemikian selepas dikatakan konon bermimpi dengan Tuhan Kali yang menuntut dia mengorbankan lidahnya sebagai pertukaran agar hajatnya dapat ditunaikan.

Aarti yang merupakan pelajar dari Kolej TRS melakukan upacara itu di kuil Kali di bandar Reeva, Madhya Pradesh.

Ketika upacara korban itu, Aarti dilaporkan pengsan serta-merta selepas memotong lidahnya itu.

Gadis Potong Lidah Untuk Tawar Pada Tuhan

Pun begitu, dia sedar semula lima jam kemudian dan bangun seperti biasa untuk menamatkan ritualnya termasuk mengelilingi kuil tersebut.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan yang mengetahui kejadian itu segera memanggil bantuan doktor.

Gadis Potong Lidah Untuk Tawar Pada Tuhan

Menurut pemeriksaan doktor, keadaan luka Aarti tidak teruk sebelum dibenarkan pulang untuk dirawat.

Dalam pada itu, tidak diketahui sama ada lidahnya disambung semula atau tidak.

Sementara itu, seorang wartawan tempatan, Shyam Mishra yang menyaksikan kejadian itu mengaku terkejut melihat apa yang dilakukan Aarti kerana dia seorang gadis berpendidikan.

“Memang terdapat beberapa kejadian orang ramai menawarkan organ mereka kepada tuhan, dengan harapan impian mereka tertunai. Tetapi dalam kes mengejutkan ini, gadis itu berpelajaran.

“Selalunya yang mempercayai benda karut seperti ini ialah mereka yang buta huruf. Dengan Aarti yang bependidikan kolej melakukan pengorbanan seperti itu, ia sudah pasti menarik perhatian orang ramai,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gadisIndia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd