• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Mahu Tumpaskan Aktiviti Mesin Judi Internet

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka akan memastikan semua premis yang menjalankan aktiviti mesin judi Internet di negeri ini ditumpaskan melalui serbuan dan tindakan ‘Op Dadu’ yang giat dilaksanakan pasukan itu sehingga Ahad ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata selaras dengan usaha itu polis bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi terlibat termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memeriksa 40 lagi premis yang dikesan menjalankan aktiviti mesin judi Internet di sekitar negeri.

Beliau berkata operasi menggempur pusat mesin judi Internet di sekitar Melaka dijalankan secara bersepadu dan berterusan selaras dengan arahan yang dikeluarkan ketua polis negara pada 26 Okt lepas.

“Kami percaya melalui operasi berterusan ini akan dapat melumpuhkan aktiviti mesin judi haram di Melaka dalam masa terdekat.

“Melalui operasi yang dilaksanakan sepanjang tahun ini didapati beberapa premis yang sebelum ini pernah diserbu telah menghentikan kegiatan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Bandar Hilir di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Chua berkata sebanyak 307 operasi telah dijalankan bagi membanteras kegiatan berkenaan khususnya di sekitar daerah Melaka Tengah antara 1 Jan hingga 29 Okt tahun ini.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 281 operasi berjaya dilaksanakan dengan jumlah tangkapan sebanyak 421 orang dan merampas sebanyak 4,967 komputer melibatkan nilai lebih RM2 juta.

Beliau berkata jumlah serbuan yang berjaya dilaksanakan meningkat berbanding 133 serbuan, tangkapan (178) dan rampasan komputer (1,298) dalam tempoh sama tahun lepas.

Katanya pada masa sama, TNB telah memotong bekalan elektrik sebanyak 18 daripada 29 premis yang didapati menjalankan kegiatan mesin judi komputer sejak Januari lepas bagi menghentikan pengoperasian aktiviti berkenaan.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik premis yang menyewakan bangunan miliknya kepada pengusaha mesin judi Internet dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang aktiviti berkenaan diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: mesin judipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd