• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Akan Bantu Dan Pimpin Tangan Mereka’

oleh AK-47
18/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIKENALI atas sifat pemurah dan gemar menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, nama Kuan Chee Heng kian menjadi sebutan orang ramai menerusi media sosial.

Dengan memegang prinsip tolong-menolong tanpa kira agama dan bangsa, itulah nilai murni yang boleh dikaitkan dengan Kuan, seorang insan yang seakan lebih ‘Muslim’ daripada kebanyakkan kita apabila sanggup menolong sebuah keluarga berlainan agama yang hidup susah.

Bagaimanapun, masih ada manusia yang tak senang duduk dengan kerja-kerja amal yang dilakukan oleh beliau di mana ada yang mendakwa Kuan kononnya hanya ingin mencari publisiti murahan.

Kecewa dengan tohmahan yang dilemparkan segelintir pihak, beliau tampil memberikan penjelasan melalui laman Facebooknya hari ini.

Kami alihkan luahannya ke dalam bahasa Melayu dan semoga ia dapat membuka mata kepada golongan yang suka memfitnahnya selama ini.

Baca: Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka, Cina Ini Jadi Hero

kuan2

Ini kisah saya. Anda harus membacanya agar anda lebih mengenali saya.

Saya keluar untuk membantu orang. Tetapi saya banyak menerima kritikan yang menyerang saya tanpa henti. Jadi, saya kongsikan cerita mengenai diri saya.

Saya berasal dari keluarga susah yang tinggal di ladang getah Kampung Bukit Cermai, Batu Pahat. Ayah menghidap penyakit tibi, bekerja sebagai tukang emas selepas perniagaan kedai emasnya di Parit Sulong ditutup.

Ibu bekerja sebagai penoreh getah dan sering kali dibuli oleh mandurnya. Dia gemar lempar kata-kata kesat terhadap ibu selain kerap tipu berat timbangan susu getah yang kami peroleh. Ibu dibayar dengan bayaran tidak setimpal usaha mengikut sesuka hatinya.

Makanan? Selalu tidak mencukupi. Bila balik dari sekolah, bertuah kalau ada makanan yang terhidang atas meja. Lauk ayam? Hanya dihidang jika ada majlis dan keraian. Kami tidak pernah membeli makanan dari gerai.

Kami mengutip sisa sayur-sayuran yang dibuang di tepi gerai sayur selain dari membeli sayur-sayuran yang dikitar semula, dijual dengan harga 10 sen seikat.

Kami jarang dapat pergi ke gerai sebab ayah dan ibu tidak berkemampuan. Kami jarang membeli daging (babi) tetapi bila kami pergi ke gerai daging, kami hanya diberi kulit dan telinga babi oleh peniaga daging yang baik hati.

Adakalanya ayah terpaksa berhutang di sana sini. Paling teruk sekali ialah ibu di mana dia terpaksa berjalan jauh dan mencangkung menunggu lama dengan sabarnya beberapa jam.

Pemilik kedai runcit bernama Zee Ba, sengaja membuat ibu menunggu lama sebab ibu tiada duit untuk membayar dan selalu berhutang dengannya, selain mempunyai niat untuk ‘mengacau’ ibu bila mana kedainya kurang dikunjungi pelanggan pada waktu lewat malam.

Ibu terpaksa mencangkung dan menunggu dari senja sampai ke malam sambil menahan lapar dan gigitan nyamuk. Lebih hina lagi, ibu dan adik perempuan pulang ke rumah dengan tangan kosong ditemani air mata serta perasaan kecewa dan lapar.

Saudara mara pula menganggap kami seperti sampah. Kalau ada makanan, kami disuruh makan berdekatan dengan tandas. Betapa teruk dan maksimanya kami dibuli pada ketika itu. Tiada sesiapa yang mahu datang dekat pada kami kerana kami miskin.

Tetapi ayah dan ibu tidak pernah berputus asa. Kami diajar untuk tabah mengharungi dugaan kehidupan seperti itu. Berkat dari Tuhan, kami mampu bersekolah dan terima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu.

Dari makanan, pakaian sekolah, beg sekolah, semuanya dibantu oleh mereka sehingga kami berjaya menamatkan persekolahan. Jadi hari ini, saya tidak akan membiarkan kanak-kanak dibuli hanya kerana mereka miskin.

Saya tidak akan membiarkan ibu yang berputus asa tidak menghantar anak mereka ke sekolah. Saya takkan biarkan mereka dibuli seperti mana ibu bapa saya telah dibuli dahulu. Saya akan bantu dan pimpin tangan mereka.

Kepada individu yang mengkritik saya kononnya mencari nama dan publisiti murahan, ingin saya tegaskan bahawa saya menolong sesama manusia, bukannya mengira bangsa seseorang yang ditolong itu.

Saya membantu dengan menghapuskan kebimbangan, ketakutan, air mata dan kekecewaan mereka. Saya mahu mereka merdeka dari kemiskinan dan merdeka dari menjadi mangsa buli. Itulah matlamat saya dalam merdeka.

Kemerdekaan yang sebenar, yang membawa senyuman. Dan bila kehidupan mereka stabil, maksud kemerdekaan yang sebenar akan meresap dalam jiwa mereka.

Terima kasih ibu dan ayah, saya berjanji tiada ada lagi orang miskin atau malang dibuli lagi. Saya akan berdiri mempertahankan mereka. Rest in peace mom and dad. – MYNEWSHUB.CC

Tags: inspirasiteladan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Pencetus Inspirasi Rakyat

Tok Mat Pencetus Inspirasi Rakyat

14/07/2022
0

Masih segar dalam ingatan malam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) saya bergegas ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan....

Khairil Hilang Sumber Inspirasi

17/05/2018
0

Kuala Lumpur - Peluncur ais negara, Khairil Ridhwan hilang sumber inspirasi selepas bapanya, Khalil Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenalkannya kepada sukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd