• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Seorang Lelaki, Rampas Pistol & Dadah

oleh Ahmad Albab
17/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai jutaan ringgit dalam pemeriksaan di sebuah pangsapuri di Jelutong di sini malam tadi.

Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang turut merampas sepucuk pistol bersama kira-kira 50 butir peluru hasil pemeriksaan di rumah yang dipercayai dijadikan stor menyimpan dadah itu pada kira-kira pukul 8 malam.

Menurut sumber, sebelum itu polis menemui sejumlah pil Eramin 5 hasil pemeriksaan ke atas lelaki berumur lingkungan 30-an itu hasil intipan polis ke atasnya dan susulan itu, polis membuat pemeriksaan di kediaman lelaki terbabit di pangsapuri itu.

“Kami menemui pelbagai jenis dadah antaranya beberapa ketulan mampat syabu dan bungkusan heroin serta hampir 800 biji pil Eramin 5 yang disembunyikan dalam sebuah bilik di rumah itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Polis turut merampas peralatan membungkus dadah antaranya alat penimbang dan pelbagai bungkusan plastik, menurut sumber itu.

Turut dirampas dua buah motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi milik lelaki itu dan sejumlah wang tunai, kata sumber itu.

Lelaki terbabit dipercayai mendapat bekalan dadah daripada sindiket sebelum membungkus semula dan mengedarkannya kepada pelanggan di sekitar negeri ini, katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Difahamkan sidang media berhubung kejayaan tangkapan dan rampasan dadah itu akan diadakan esok. – BERNAMA

Tags: kes dadahPistol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd