• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Sekeluarga Mati Kerana Selfie Di Tepi Sungai

oleh Ahmad Albab
17/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PESHAWAR – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika cuba mengambil gambar selfienya di Sungai Kunhar, utara Pakistan.

Difahamkan, kedua ibu bapanya juga maut ketika cuba menyelamatkan anak mereka daripada lemas di bawa arus sungai yang terkenal bagi mereka yang meminati sukan rakit.

“Satia Atif cuba mengambil gambarnya di tepi sungai tetapi dia tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai yang deras itu,” kata pegawai polis, Arshad kepada AFP.

Ketika kejadian, ibu Safia, Shazia Atif segera terjun ke dalam sungai tersebut untuk meyelamatkan anaknya tetapi dia juga dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

“Apabila melihat isteri dan anaknya sedang hanyut dibawa arus, bapanya Atif Hussain juga terjun untuk menyelamatkan mereka namun dia juga ditimpa nasib yang sama.

“Walau bagaimanapun, mayat Safia dan Shazia telah ditemui dan mayat Atif masih dalam proses pencarian,” tambahnya.

Tambah Arshad, Atif dan Shazia merupakan doktor dari wilayah Punjab dan mereka mengunjungi sungai tersebut untuk bercuti bersama keluarga.

Mereka meninggalkan anak perempuan berusia 9 tahun dan anak lelaki berusia 6 tahun, yang turut berada di tempat kejadian menyaksikan ibu bapa dan kakak mereka mati lemas di depan mata mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mautselfiesungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd