• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harta Pengedar Dadah Lebih RM5.2 Juta Disita

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah berjaya merampas harta benda termasuk wang tunai milik pengedar dadah bernilai lebih RM5.2 juta bagi tempoh antara Januari hingga Julai tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah, Supt. Mohammed Fadzil A. Rahman berkata daripada jumlah berkenaan, nilai rampasan terbesar membabitkan wang dalam akaun bank (lebih RM2.1 juta), kenderaan (lebih RM1.1 juta) rumah (RM1.7 juta), wang tunai (RM127,596) dan barang kemas (RM37,133).

“Bagi tempoh sama tahun ini juga, JSJN Sabah telah melakukan 473 tangkapan daripada 312 kes dalam kategori membekal dadah, iaitu peningkatan sebanyak 5.35 peratus berbanding 449 tangkapan melibatkan 274 kes pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammed Fadzil berkata daerah Kota Kinabalu mencatat jumlah tangkapan tertinggi bagi kategori pembekal dadah diikuti Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Penampang.

Katanya tangkapan terbesar bagi kategori bekalan dadah pada tahun ini ialah pada April lalu di mana 6.6 kilogram syabu berjaya dirampas di terminal bas Inanam, Kota Kinabalu, serta menahan lima pengedar.

Sementara itu, Mohammed Fadzil berkata bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini juga, JSJN Sabah merekodkan 1,524 tangkapan melibatkan 1,230 kes pemilikan dadah berbanding 1,605 tangkapan daripada 1,296 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya penurunan peratusan tangkapan dalam kategori pemilikan dadah tahun ini adalah disebabkan tumpuan lebih diberikan kepada kategori bekalan agar lebih ramai pengedar dapat ditumpaskan dan dibawa ke muka pengadilan.

Mohammed Fadzil juga berkata sepanjang tempoh sama, JSJN berjaya melakukan 10 tangkapan mengikut Seksyen 31(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas dan kesemua mereka telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak di Simpang Renggam, Johor dan Alor Gajah, Perak.

“Polis akan terus mempertingkatkan usaha mencegah kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah daripada terus berleluasa walaupun pelbagai taktik baharu telah digunakan sindiket untuk mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd