• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 6 ‘Ah Long’ Ahli Kongsi Gelap

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam lelaki anggota Kongsi Gelap Geng 77 yang giat menjalankan sindiket pinjaman wang haram sejak tujuh tahun lalu telah ditahan polis sekitar Ipoh, Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JS­JK) Bukit Aman, Da­tuk Acryl Sani Abdullah berkata kesemua peminjam atau Along berkenaan yang berusia antara 22 hingga 48 tahun itu ditahan oelh Bahagian Operasi dan Risikan JSJK Bukit Aman dan Perak dalam operasi yang dijalankan bermula 11 pagi semalam.

Katanya polis turut merampas enam motosikal dan empat kereta jenis BMW, Mercedes-Benz, Perodua Myvi dan Honda Civic yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Selain itu, 13 telefon bimbit, satu komputer riba dan 61 kad ATM pelbagai bank dipercayai milik peminjam dirampas, katanya.

“Siasatan mendapati peminjam terdiri daripada ahli-ahli perniagaan dan suspek mengenakan kadar faedah antara tujuh hingga lapan peratus kepada peminjam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua suspek ditahan reman selama 21 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana terlibat dengan kegiatan kongsi gelap. – BERNAMA

Tags: Ah LongKongsi Gelap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd