• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Cucu Penggal Kepala Nenek Disambung 4 Hari

oleh Ahmad Albab
17/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Reman terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang warga emas di Felda Pengeli Timur, dekat Kota Tinggi, disambung selama empat hari lagi bermula hari ini hingga Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata lelaki berumur 19 tahun itu sebelum ini dibenarkan direman selama tujuh hari mulai 10 Ogos lepas oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Hairul Azhar Mohamad dan tempoh reman berkenaan tamat hari ini.

Beliau berkata perintah sambung reman yang dibenarkan selama empat hari lagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 9 Ogos lepas, warga emas, Maimon Abdul Samad, 76, dipercayai dibunuh dengan kepalanya dipenggal menggunakan sebilah pisau berukuran antara enam hingga tujuh inci panjang, sebelum kepala itu diletak di hadapan pintu rumah.

Tubuh mangsa pula berada di bawah sinki di ruang dapur dengan kedua-dua kakinya dipotong di bahagian paha tetapi tidak putus.

Kedua-dua tangan mangsa juga dipotong dengan hanya sebelah kiri masih berada di sisi tubuh mangsa.

Pakar patalogi Hospital Sultan Ismail, di sini, yang melakukan bedah siasat kemudian mengesahkan Maimon meninggal dunia akibat ditikam di perut sebelum kepalanya dipenggal.

Suspek bertindak demikian kerana dipercayai mengalami gangguan mental dan dikatakan tidak memakan ubat sejak beberapa bulan lalu.

Suspek melarikan diri ke kawasan ladang sawit berhampiran Felda Pengeli Timur sejurus kejadian sebelum kemudiannya berjaya ditahan kira-kira 8.20 malam, hari yang sama. – BERNAMA

Tags: remanwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd