• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsert Krisdayanti

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konsert artis dari Indonesia iaitu Krisdayanti di negara ini pada 22 November depan akan menjadi lebih bermakna selepas penyanyi Hafiz Suip bersedia untuk terlibat dalam acara itu.

Krisdayanti, 39, mengakui, penyanyi yang berusia 24 tahun itu turut mempunyai keistimewaan tersendiri dan tentunya gandingan mereka berdua akan merancakkan lagi persembahan itu nanti,” ujarnya.

Kris berkata demikian kepada pemberita pada majlis sidang media kali kedua, konsert Krisdayanti Live in KL 2014 di sini pada Khamis.

Persembahan itu akan diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pukul 8 malam. Ia dibawakan oleh One Drops Perfumes sebagai penaja utama.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan ialah Penagrah Eksekutif Kumpulan One Drop, Zetty Ismail.

Dalam pada itu Kris berkata, disebabkan sudah lama tidak mengadakan konsert di Malaysia, dia tidak menafikan perasaan gentar dan tentunya telah siap melakukan latihan bagi memastikan persembahan itu nanti berjaya.

Tambah beliau, lebih menarik lagi pada konsert itu nanti dia akan turut berduet dengan anaknya, Aurel.

“Saya percaya anak saya dan Hafiz akan mempunyai stamina yang luar biasa selain saya akan tampilkan beberapa kejutan dan bakal memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini,” ujarnya.

Sementara itu Zetty berkata, penjualan tiket untuk persembahan itu amat memberangsangkan dan ia adalah bukti Krisdayanti masih mempunyai pengaruh.

Katanya, sebagai peneraju minyak wangi tanpa alkohol di negara ini, sudah tentu pihaknya mahu menjadikan konsert itu sebagai sejarah dan penonton akan mendapat kepuasan berganda menyaksikannya.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan itu masih dijual dengan harga RM1,088, RM888, RM528, RM428, RM328, RM188 dan RM98.

Ia boleh dibeli dengan menghubunmgi talian 03-9222-8811 atau melalui laman web Ticket Charge di www.ticketcharge.com.my – mStar Online

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd