• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Termenung Di Balkoni Tak Makan Pujuk

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Pujuk dan terkam mangsa. Itu tindakan berani anggota bomba yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan seorang lelaki terjun dari balkoni tingkat 17 ,Pangsapuri Mentari Court, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 65 tahun dilihat duduk di balkoni berkenaan sebelum tindakannya itu disedari jiran.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Hazinan Md. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.39 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Seramai sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati seorang lelaki duduk di balkoni pangsapuri berkenaan,” katanya.

Difahamkan, jiran mangsa mendakwa mangsa mengalami masalah tekanan perasaan.

Menurutnya, anggota bomba cuba memujuk mangsa dan merangka strategi bagi menyelamatkan mangsa.

“Saya memujuk mangsa dengan memberitahu perbuatannya itu menyusahkan ahli keluarga lain.

“Saya meminta mangsa membatalkan hasratnya untuk terjun dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

Dia berkata, usaha hampir 30 minit itu gagal sebelum anggota bomba memasang tali keselamatan bagi menyelamatkan mangsa.

“Seorang anggota bomba kemudian bertindak menerkam mangsa ketika mangsa leka seketika.

“Tiada sebarang pergelutan berlaku dan mangsa akhirnya menyerah diri. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – myMetro Online

Tags: bunuh diriwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd