• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik: 7 Termasuk 2 Anggota Polis Dilepas Tanpa Bebas

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan tujuh individu termasuk dua anggota polis atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Iran, Ali Reza Monfered, tahun lepas.

Majistret Siti Radziah Kamarudin membuat keputusan itu selepas mangsa iaitu Ali Reza dan pengadu iaitu anaknya gagal hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali semasa prosiding kes itu.

Hari ini ditetapkan untuk perbicaraan.

Tertuduh ialah Manoj Singh Mukan Singh, 46, ahli perniagaan, Shahmirzadi Mohammadreza (akauntan), Mohd Hiqquan Haqmel Jamin, 26, (pengurus syarikat keselamatan), Farizzad Azmer Abu Bakar, 33, (pengawal peribadi), Kpl Khir Akyazril Azmi, 31, Kpl Muhammad Imran Hanafi, 31, dan Tan Tiam Chai, 45, (mekanik).

Mereka dituduh menculik Ali Reza di rumah nombor 9, Jalan Keranji 2 off Jalan Kedondong, Jalan Ampang Hilir, Wangsa Maju pada 5 petang, 23 Nov tahun lepas, mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Sharen Rosli, Muhammad Rafique Rashid Ali, Samantha Chong, Jason Singh dan P.Muniswar. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd