• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Chong Wei Rangkul Emas Bermula

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Percubaan terakhir Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul pingat emas bermula di Sukan Olimpik Rio apabila beliau melangkah ke suku akhir, di sini Ahad.

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, beliau mengambil masa 35 minit untuk menduduki carta teratas, sekali gus menyekat pemain Singapura, Derek Wong Zi Liang dengan 21-18, 21-8.

Bagaimanapun, Chong Wei selaku pilihan utama, mendapat bye pada pusingan pertama (16 pemain) dan kemungkinan bertemu pemain Taiwan Chou Tien Chen atau pemain Hong Kong, Hu Yun di peringkat suku akhir pada Rabu.

Ketika ditanya mengenai masa menunggu untuk beraksi antara setiap peringkat, Chong Wei berkata: “Saya lebih suka bermain setiap hari dan selesai perlawanan tetapi saya perlu terus memberi tumpuan… ini Sukan Olimpik bukan Super Siri.”

Semasa rehat yang panjang antara perlawanan itu, Chong Wei perlu memberi tumpuan sepenuhnhya kepada cabaran sebenar kerana negara menyandarkan harapan kepada beliau untuk merangkul pingat emas pertama, kata pemain berusia 33 tahun itu yang beraksi buat kali keempat dalam Sukan Olimpik.

“Saya perlu mengharunginya. Ini Sukan Olimpik dan saya mahu emas, dan begitu juga seluruh rakyat Malaysia… Saya perlu fokus pada peringkat-peringkat seterusnya,” katanya selepas aksi di Pavilion 4, Riocentro di sini.

Chong Wei memulakan cabaran Olimpik dengan menundukkan pemain dari Surinam, Soren Opti 21-2, 21-13 pada Khamis.

Dalam pada itu, pemain perseorangan wanita Tee Jing Yi mengakhiri cabaran dengan menitiskan air mata apabila mengalami kecederaan di betis kiri di tengah-tengah set pertama sebelum tumpas kepada pemain Jepun, Akane Yamaguichi 21-18, 21-5 dalam perlawsanan Kumpulan K.

Beliau yang datang ke Rio dengan harapan untuk mara melepasi pusingan kumpulan, Jing Yi mendahului 17-15 apabila membuat lompatan untuk membuat pukulan sebelum mengalami kedeceraan.

Rawatan perubatan segera di gelanggang tidak memberi respon yang baik dan juara remaja dua dua kali itu mengambil kesempatan untuk memenangi set pertama 21-18.

Dalam set kedua, Jing Yi yang masih kesakitan terus bermain tetapi tewas 5-21 unuk Akane mara ke peringkat kalah mati seterusnya.

“Ini mungkin aksi saya yang terakhir dalam Olimpik dan saya cukup bersedia. Saya datang ke Rio dengan harapan untuk memberikan yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi saya,” kata Jing Yi yang kecundang dalam aksi kumpulan pada Sukan Olimpik London pada 2012.

Jing Yi berkata beliau tidak dilanda kecederaan sebelum memasang impiannya di Rio dan membayangkan bahawa Rio mungkin ialah penampilan terakirnya dalam Sukan Olimpik.

“Tokyo 2020 masih empat tahun lagi dan saya tidak tahu sama ada saya dapat meneruskannya. Saya kecewa dengan apa yang belaku di Rio dan saya terpaksa berehat dahulu,” katanya.

Katanya, beliau akan membuat keputusan dalam masa atu atau dua minggu memandangkan Sukan SEA akan berlangsung tahun depan dan Sukan Komanwel pada 2018.

Sementara itu, pasangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Yiu Ling akan bertemu pasangan Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda pada suku akhir lewat hari ini (7.30 pagi waktu Malaysia, Isnin). – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd