• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keahlian UMNO Kedah Gugur Jika Sertai Parti Lain

oleh Ahmad Albab
13/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Keahlian anggota UMNO Kedah akan digugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, perkara tersebut berlandaskan perlembagaan UMNO yang anggota parti itu tidak boleh mempunyai dua keahlian parti yang berbeza.

Justeru beliau berkata program pemutihan akan dilakukan pihaknya, bagi mengesan sekiranya terdapat anggota parti itu mempunyai dua keahlian selain UMNO.

“Program pemutihan tersebut bukan hanya tertumpu pada bahagian Jerlun sahaja tetapi di semua bahagian di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata anggota UMNO yang mempunyai jawatan dalam parti itu tidak kira di peringkat cawangan dan bahagian juga akan dipecat daripada jawatan yang disandang mereka jika didapati melakukan kesalahan itu.

“Jika mereka ada jawatan lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mereka juga akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah turut meminta anggota UMNO memandang ke hadapan dengan membantu parti itu memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negeri ini terhadap UMNO.

“Buang yang keruh dan kita ambil yang jernih kerana yang keruh itu akan merosakkan masa depan parti. Perkara yang remeh kita tolak, demi kemajuan parti dalam mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan pembangkang,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana wujudnya parti baharu namum UMNO telah bersedia untuk menghadapinya.

Katanya, ini kerana rakyat dapat menilai dengan jelas kekuatan sesebuah parti baharu yang akhirnya kecundang dan ahli parti baharu itu akan kembali kepada UMNO dan BN. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd