• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Suspek Curi Kenderaan Ditahan Di Tenom

oleh Ahmad Albab
12/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam kes curi kenderaan di pekan Tenom yang terletak kira-kira 173 kilometer dari bandar raya ini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata suspek iaitu seorang lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang.

Katanya sebelum ditahan, pasukan peronda telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dilaporkan hilang kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama di Kampung Bamban menuju ke Sipitang.

“Kemudian berlaku kejar-mengejar antara pihak polis dan suspek sehingga ke Kampung Api, Tenom, sebelum suspek memberhentikan kenderaan dan empat suspek yang berada di dalam kenderaan berkenaan bertindak melarikan diri ke arah hutan berdekatan.

“Susulan daripada itu, polis menjalankan usaha memburu kesemua suspek dan tiga daripadanya berjaya ditahan manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata turut dirampas bersama suspek ialah beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan curi kereta.

Katanya siasatan awal mendapati kesemua suspek adalah penganggur dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi kenderaan dan dadah.

“Siasatan lanjut terhadap kumpulan itu akan dijalankan bagi mengesan rakan sejenayah mereka dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana melakukan curi kenderaan motor yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Curipolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd