• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Suspek Pecah Rumah Ditahan, 4 Kes Selesai

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menyelesaikan empat kes pecah rumah di beberapa kawasan di sini berikutan penahanan tiga lelaki di sekitar sebuah pusat membeli-belah di bandar raya ini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata bertindak atas maklumat, semua suspek yang berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan susulan laporan kes pecah masuk sebuah premis di Tanjung Aru, dekat sini Sabtu lepas.

“Turut dirampas bersama suspek berkenaan adalah beberapa barangan termasuk lima komputer riba pelbagai jenama dan lima telefon bimbit yang dipercayai dicuri.

“Turut dirampas peralatan pecah rumah seperti kuku kambing, batang besi dan alat pemotong besi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek warga tempatan itu adalah penganggur dan saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.

“Siasatan juga mendapati dua daripada saspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah dan dadah,” tambah beliau.

Katanya kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan pecah rumah dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: pecah rumahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd