• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Cantas Khas 2: Polis Kelantan Tahan 12 Individu

oleh Ahmad Albab
12/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Op Cantas Khas 2 yang dijalankan polis di sekitar daerah Pasir Mas sejak 6 hingga 9 Ogos lepas berjaya menahan 12 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata kesemua penduduk tempatan berusia antara 30 dan 40-an yang ditahan itu dipercayai menjadi ‘mastermind’ (dalang) menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin untuk dihantar ke Lembah Klang.

“Walaupun tujuan asal Op Cantas Khas 2 ini dijalankan adalah bagi membanteras dan menahan individu yang terbabit dalam gengsterisme namun ianya juga sebagai ‘serampang dua mata’ kerana pada masa sama dapat menahan individu yang disyaki terbabit jenayah lain,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan di sekatan jalan raya Chabang Empat Salam, Rantau Panjang di sini, malam tadi.

Op Cantas Khas 2 itu dilakukan berikutan arahan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri yang turut melancarkan operasi tersebut pada 28 Julai lepas.

Ab Rahman berkata 12 suspek tersebut ditahan polis di sekatan jalan raya yang diadakan di sekitar daerah Pasir Mas.

Selain itu, beliau berkata polis juga melakukan serbuan dan pemeriksaan ke atas rumah individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan gengsterisme.

Katanya Op Cantas Khas 2 ini juga dibuat ekoran kejadian kes jenayah yang berlaku di Kuala Lumpur sebelum ini dan polis tidak mahu suspek kes berkenaan terlepas ke negara jiran.

“Walaupun di Kelantan tidak ada elemen gengsterisme tetapi apa yang kita bimbangkan adalah mereka (dari negeri lain) yang terbabit, mengambil kesempatan melarikan diri ke negara jiran,” katanya.

Ab Rahman berkata polis sentiasa bersiap sedia bagi mengesan sebarang elemen berkaitan gengsterisme. – BERNAMA

Tags: KelantanOps Cantas Khas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd