• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Ketum Campur Susu Berkultur, Trend Terkini

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Minuman susu kultur pelbagai perisa dikesan digunakan oleh penagih dadah di negeri ini sebagai bahan tambahan bagi menyedapkan rasa air ketum.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Azizah Ahmad berkata trend baru yang digunakan segelintir penagih dadah itu adalah untuk memberi rasa manis masam yang serba sedikit menghilangkan kepahitan rasa asli air ketum.

“Berdasarkan intipan dilakukan sejak Jun lepas dalam operasi pencegahan, para penagih yang ditangkap kebanyakannya mengaku meminum air ketum dengan campuran perisa baharu itu jika tidak mendapatkan bekalan dadah.

Berbeza dengan sebelum ini, air ketum akan dicampur bersama minuman berkarbonat seperti Coca-Cola atau ubat nyamuk sebagai penambah perisa,” katanya kepada pemberita selepas tamat Operasi (Ops) Cegah 15/2016 di Pejabat AADK Perlis Utara di sini, hari ini.

Azizah berkata melihat kepada keadaan penagih yang ditangkap beliau tidak menolak kemungkinan ketagihan air ketum yang sudah dicampur dengan pelbagai cara itu mempunyai kesan buruk yang menyerupai kesan ketagihan pengambilan dadah.

Sementara itu, Azizah berkata sehingga Julai tahun ini sebanyak 1,413 penagih direkodkan di negeri ini berbanding tempoh sama tahun 2015 iaitu sebanyak 738 penagih termasuk penagih baru dan berulang.

“Peningkatan sebanyak 675 orang berbanding tahun lepas menunjukkan bahawa semua pihak di negeri ini perlu mengambil sikap berjaga-jaga dan berusaha lebih keras bagi membendung gejala ini,” katanya.

Berkenaan Ops Cegah 15/2016, seramai 117 individu berusia antara 16 hingga 50 tahun disyaki penagih telah ditahan, 25 daripadanya positif dadah jenis methamphetamine (syabu) manakala seorang lagi positif ganja.

Kesemua mereka ditahan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 pindaan 1998.

Ops sepanjang tiga hari bermula Selasa lepas hingga pagi tadi disertai 57 penguatkuasa termasuk dari Ibu Pejabat AADK, AADK Perlis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis menumpukan kepada tujuh kawasan panas.

Tujuh kawasan terbabit ialah Tok Kuning, Kampung Binjai, Wang Ulu, Kampung Surau, Kampung Tok Kandang, Kampung Teluk dan Alor Redis yang dikenal pasti menjadi sarang utama aktiviti penagihan dadah.

Lima lagi kawasan akan ‘dibersihkan’ secara berperingkat iaitu di Padang Katong, Gunung Medan, Kampung Sentua, Taman Bunga Padi, dan Taman Jeliti, katanya. – BERNAMA

Tags: ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd