• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Ditahan Cuba Masuk Kem Tentera Di Batu Pahat

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki ditahan kerana cuba memasuki Kem Tentera 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), KM8, Jalan Tanjung Laboh, dekat Batu Pahat, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata dalam kejadian lebih kurang 11.55 pagi itu, remaja berusia 17 tahun yang lengkap berpakaian tentera dan menunggang motosikal itu, cuba memasuki kem tersebut melalui balai pengawal hadapan kem berkenaan.

Beliau berkata remaja lelaki yang beralamat di Taman Sri Panchor itu bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan di depan balai pengawal berkenaan.

“Beliau menyatakan minat menyertai tentera dan telah membeli pakaian/peralatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sebuah kedai pakaian tentera di Bandar Kluang, Johor dengan harga RM170 sepasang sejak tiga tahun lalu, namun tidak pernah memakainya.

“Ini juga merupakan pertama kali remaja itu memakai pakaian tersebut. Dia juga mendakwa sering melayari video di YouTube berkaitan ketenteraan dan mempunyai akaun Facebook,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil siasatan juga mendapati kemungkinan remaja itu mempunyai masalah mental selepas bapanya baru sahaja meninggal dunia tiga hari lepas dan ibunya pula meninggal dunia ketika remaja itu berusia tujuh tahun.

Abdul Wahib berkata remaja itu juga mendakwa memasuki kem tentera hanya mahu menjalani latihan tentera kerana minat yang amat mendalam dan atas kemahuan sendiri tanpa disuruh oleh sesiapa.

Hasil pemeriksaan di rumahnya, polis turut merampas sebuah motosikal, sepasang uniform tentera No.5 celoreng harimau berpangkat Lans Koperal, sepasang kasut hitam jenama SWAT, beg celoreng tentera, uniform tentera No.3 berpangkat Lans Koperal, sepasang uniform celoreng tentera digital No. 5, beret dan topi celoreng tentera.

Abdul Wahib bagaimanapun meminta agar tangkapan itu tidak disensasikan dan menafikan suspek terlibat dengan sebarang aktiviti menangkap pokemon.

Beliau juga mengesahkan kejadian cubaan memasuki Kem Tentera 10 RAMD di Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan oleh penjawat awam dengan niat hendak menipu dan turut disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Kesalahan Kecil 1961.

Suspek kini ditahan reman sehingga 14 Ogos di Balai Polis Batu Pahat untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: remajaTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd