• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Plat Motosikal Palsu, Penjual Nasi Lemak Didenda RM5,000

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya, seorang penjual nasi lemak didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Kamarul Affindi Amri, 26, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya bagi tujuan memperdaya di Jalan Ampang, di sini, pada 11 malam, semalam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik ASP Abdullah Said memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan denda yang ringan dengan alasan ayahnya sedang sakit.

Mengikut fakta kes, sepasukan polis dalam Op Kesan Nombor Pendaftaran Palsu menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC bernombor pendaftaran WQM 3020 dalam keadaan mencurigakan.

Selepas semakan dilakukan melalui alat aplikasi pintar EMMS ‘mobile CAD’ mendapati nombor pendaftaran asal motosikal tersebut adalah WUT 5374. – BERNAMA

Tags: mahkamahplat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd