• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sarawak Minta Bantuan Interpol Buru Stephen Lee

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis Sarawak telah meminta bantuan Interpol bagi memburu individu yang disiftkan sebagai perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong pada Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar berkata hasil siasatan mendapati perancang tersebut yang dikenali sebagai Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dari Tanjong Lobang, Miri telah melarikan diri ke Singapura pada 23 Jun lalu.

“Lee kemudian berlepas ke Melbourne, Australia pada 3 Julai dari Singapura. Lokasi terkini Lee masih belum diketahui dan pasukan petugas menyiasat kes ini memohon bantuan Interpol bagi mengesannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kayong, 43, ditembak mati dalam kenderaannya di persimpangan jalan di Lutong kira-kira 8.20 pagi pada 21 Jun lepas.

Namun Dev berkata polis Sarawak masih belum menerima jawapan Interpol.

Selain Lee, dua lagi rakannya iaitu pemilik KTV Lounge, Kong Sien Ming, 35, dan Chin Wui Chung @Ah Chung, 50 yang juga pembantu peribadi Lee turut diburu.

“Kita yakin kedua-duanya (Kong dan Chin) masih berada dalam negara,” kata Dev sambil menambah waran ditangkap terhadap ketiga-tiga individu berkenaan telah dikeluarkan Mahkamah Majistret Miri pada 9 Julai lalu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek untuk memaklumkan kepada polis supaya mereka dapat dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Gambar serta alamat ketiga-tiganya diedarkan kepada media hari ini untuk membantu orang ramai mengecam wajah individu yang diburu tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut telah dituduh bersama Lie Chang Loon, 37, dan Mohamad Fitri Fauzi, 29.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama pada 15 Julai lalu di Mahkamah Majistret Miri.

Pada tarikh dan tempat yang sama, Mohamad Fitri turut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong. – BERNAMA

Tags: Interpolpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd