• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Di Mahkamah Kerana Menyokong Daesh

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tapah di sini kerana memberi sokongan kepada militan Daesh antara Mac hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Zairosfitri Jainuddin Azhar, 24, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal.

Zairosfitri yang bekerja sendiri ditahan di kediamannya, Blok A Perumahan Awam 2 di Chenderiang, di sini dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas tersebut antara 25 Mac dan 30 Jun tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Majistret menetapkan 20 Sept untuk sebutan semula bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: Daeshmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd