• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadet JPJ Disasar Bantu Kurangkan Kemalangan

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan untuk mengurangkan sehingga 50 peratus kadar kemalangan membabitkan pelajar sekolah melalui penubuhan Kadet JPJ Malaysia.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata penubuhan Kadet JPJ merupakan satu inisiatif daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020 yang menumpukan penglibatan kalangan pelajar sekolah menengah.

“Daripada 6,700 kemalangan maut yang direkodkan tahun lepas, 62 peratus adalah membabitkan kemalangan motosikal dengan lebih 50 peratus mangsa adalah golongan belia.

“Purata 62 peratus kemalangan maut melibatkan motosikal adalah satu statistik yang membimbangkan, apatah lagi 30 peratus daripada jumlah kemalangan itu membabitkan pelajar sekolah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan secara serentak penubuhan 221 Kadet JPJ seluruh negara, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Saripuddin Kassim dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron.

Aziz berkata kerjasama dengan Kementerian Pendidikan yang menjadikan Kadet JPJ satu program kokurikulum di sekolah membantu memberikan pendedahan berkenaan undang-undang dan peraturan jalan raya kepada pelajar.

Beliau berkata kerjasama JPJ dan Kementerian Pendidikan membangunkan kurikulum latihan merangkumi empat aspek utama iaitu keselamatan jalan raya, kesukarelaan, perpaduan dan patriotisme.

Mengenai bilangan pelajar yang disasarkan untuk menyertai Kadet JPJ, Aziz berkata untuk permulaan cuma satu platun membabitkan 40 pelajar diwujudkan di setiap sekolah yang mempunyai Kadet JPJ.

“Kadet JPJ juga berperanan membimbing rakan sebaya mengenai keselamatan jalan raya dan kepentingan memiliki lesen memandu kerana statistik menunjukkan 56,000 pelajar menunggang motosikal tanpa lesen,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan Kadet JPJ kepada 39 sekolah dari Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor serta pentauliahan kepada empat guru penasihat bagi kadet tersebut. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd