MENJADI selebriti memang tak dapat lari daripada pelbagai kisah kurang enak yang melanda.
Terbaharu Remy Ishak menjadi mangsa akaun laman sosial palsu apabila ada individu tidak bertanggung jawab menggunakan namanya dalam sebuah profil Facebook.
Yang lebih mengejutkan individu itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah memburuk-burukkan pelakon Rita Rudaini yang seperti kita ketahui berdepan dengan kes mahkamah mengenai isu tuntutan nafkah anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Radzak.
Bagi mengelakkan salah faham, Remy telah memuat naik status di laman Twitternya, mengatakan tidak pernah mempunyai akaun Facebook.
Jadi, buat peminat di luar sana, jangan mudah terpedaya kerana ada sahaja manusia yang gemar menggunakan nama selebriti-selebriti popular untuk kepentingan mereka sendiri. – MYNEWSHUB.CC



