• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh: Hukuman Penjara 5 Tahun Jadi 12 Tahun

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menambah hukuman penjara daripada lima tahun kepada 12 tahun ke atas seorang tukang rumah kerana memberi sokongan kepada perbuatan pengganas Daesh di Syria.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan hukuman lima tahun yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Muhammad Kasyfullah Kasim, 38, adalah tidak memadai.

“Kami (panel ini) sebulat suara bersetuju dengan pihak pendakwaan hukuman lima tahun itu tidak memadai memandangkan kesalahan itu adalah serius,”katanya yang bersidang bersama Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Hakim Datuk Zamani A.Rahim.

Panel itu membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi menambah hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan sebelum ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman 12 tahun itu bermula dari tarikh Muhammad Kasyfullah ditangkap pada 27 Nov 2014.

Pada 3 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Kasyfullah selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan senjata api dan perbuatan itu dilakukan dengan niat melanjutkan satu perjuangan ideologi dan dianggap sebagai niat untuk menggugat orang awam di Syria.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memasuki Syria melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang antara 28 Dis 2013 hingga 7 April 2014.

Pendakwaan mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau niat digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurshafini Mustafha dalam hujahannya memohon supaya hukuman lima tahun itu ditambah kepada 15 tahun kerana kesalahan yang dilakukan responden (Muhammad Kasyfullah) serius dan penglibatannya dalam kes ini sangat besar kerana dia telah menjalani latihan ketenteraan bersama rakan-rakannya di Syria.

Hujahnya, responden juga menyertai siri peperangan semasa berada selama empat bulan di Syria dan pernah melepaskan tembakan.

“Responden juga telah menyebarkan ideologi melalui gambar-gambar yang dimuat naik di dalam akaun laman sosial Facebook miliknya semasa berada di Syria antara 28 Dis 2013 hingga 7 April 2014,” katanya.

Nurshafini berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman lima tahun dengan mengambil kira faktor responden telah mengaku bersalah dan itu merupakan kesalahan pertamanya.

Beliau berkata pengalaman dan penglibatan responden di Syria jika tidak dibendung, dia boleh membawa idealogi itu dan merekrut orang awam di sini yang boleh membangkitkan kekecohan.

Peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff pula berhujah bahawa anak guamnya telah insaf dan sedar atas kesalahannya, dan selepas pulang ke Malaysia, Muhammad Kasyfullah tidak lagi terlibat dalam kegiatan itu.

Katanya penglibatan anak guamnya dalam kumpulan itu hanya di Syria, dan tiada bukti dia melakukakan kesalahan itu di negara ini.

“Anak guam saya pergi ke Syria bersama rakan-rakannya dengan duit sendiri hasil jualan tanahnya, tiada sesiapa pun membiayai perbelanjaannya ke sana. Oleh itu kesalahannya hanya melibat dirinya bukannya orang lain,”hujahnya.

Katanya selepas pulang ke Malaysia pada April 2014, responden tidak pernah memuat naik gambarnya ketika di Syria di laman Facebooknya, oleh itu anak guamnya telah insaf dan hukuman 15 tahun yang dipohon pendakwaan adalah sangat tinggi. – BERNAMA

Tags: Daeshmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd