• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Besi India Akhiri Mogok Lapar 16 Tahun

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMPHAL (India) – Hampir 16 tahun selepas memulakan mogok lapar, ‘Wanita Besi’ Irom Chanu Sharmila, akhirnya makan hidangan pertamanya semalam.

Pejuang berusia 44 tahun, yang menjadi simbol penentangan terhadap keganasan kerajaan di negeri timur laut Manipur yang dilanda konflik, bersedia untuk berbuka puasa selepas muncul di mahkamah berikutan dakwaan cubaan membunuh diri.

Irom diberi makan melalui tiub hidung di Institut Sains Perubatan Jawaharlal Nehru.

Sebagai sebahagian prosiding kehakiman beliau perlu hadir di mahkamah setiap dua minggu.

Pada perbicaraan lalu, beliau mengumumkan perjuangan terhadap kekejaman angkatan tentera kuasa-kuasa khas tidak berjaya dan tiba masa untuk mencuba cara lain.

Perjalanan Irom dari penjara ke kancah politik sering dibandingkan dengan ikon seperti Aung San Suu Kyi dari Myanmar dan Nelson Mandela dari Afrika Selatan.

Irom memulakan mogok lapar pada November 2000 selepas pembunuhan beramai-ramai Malom, sebuah perkampungan kecil di pinggir Imphal.

Seramai 10 orang dilaporkan dibunuh pasukan separa tentera yang dikawal kerajaan, dikenali sebagai Assam Rifles.

Ketika itu, Irom berkata, beliau akan terus berpuasa sehingga kerajaan berhenti menggunakan akta kontroversi Angkatan Tentera Kuasa-kuasa Khas yang memberikan kuasa tidak dikawal kepada tentera untuk menggunakan kekerasan di ‘kawasan bergolak’ bertujuan membanteras pemberontakan. – Agensi/BH ONLINE

Tags: IndiaMogok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd