• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sabah Lulus RUU Tambah 13 Anggota DUN

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Negeri Sabah bagi menambah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 60 ketika ini kepada 73.

Terdahulu, Timbalan Speaker DUN, Datuk Dr. Johnson Tee mengumumkan sebanyak 55 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk empat anggota pembangkang bersetuju, tiga ADUN tidak bersetuju dan seorang ADUN berkecuali, agar Perkara 14, fasal (2) Perlembagaan Negeri Sabah dipinda untuk menambah 13 lagi anggota yang dipilih menganggotai DUN.

Katanya tiga ADUN yang tidak bersetuju ialah Dr Roland Chia (PKR-Inanam), Terence Siambun (PKR-Moyog) dan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong), Wong Hong Jun (DAP-Likas) berkecuali manakala Datuk Mohammad Yusof Apdal (BN-Lahad Datu) tidak hadir.

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang berkata kali terakhir pembahagian kawasan pilihan raya dibuat di Sabah adalah pada 2003.

“Setelah pindaan ini dibuat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah menjalankan kajian semula mengikut peruntukan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Teo berkata cadangan penambahan sebanyak 13 lagi anggota itu adalah munasabah dari segi menyediakan perwakilan demokrasi yang mencukupi dan efektif untuk rakyat.

“Pertambahan ini juga mengambil kira pertambahan penduduk, purata bilangan pemilih, peningkatan kemudahan asas, infrastruktur seperti jalan raya dan beberapa faktor lain yang boleh mencerminkan keadilan dari segi representasi berbilang kaum dan etnik di negeri ini,” katanya.

Susulan kelulusan meminda Perlembagaan Negeri untuk menambah anggota dewan itu, DUN Sabah turut meluluskan rang undang-undang untuk meminda Seksyen 2 Enakmen Dewan Undangan (Ahli-Ahli Dipilih) 1965 dengan menggantikan perkataan ‘sixty’ (enam puluh) dengan perkataan ‘seventy three’ (tujuh puluh tiga).

Teo menjelaskan mengikut Perlembagaan Persekutuan, Sabah boleh menambah kerusi DUN dengan mengubah jumlah anggota dengan suatu undang-undang yang diperbuat oleh Badan Perundangan Negeri.

Beliau berkata rang undang-undang itu akan berkuat kuasa pada tarikh pewartaannya dan komposisi DUN hanya akan berkuat kuasa pada pilihan raya umum akan datang.

“Rang undang-undang ini akan melibatkan kerajaan negeri dalam perbelanjaan wang tambahan yang jumlahnya pada masa sekarang belum dapat ditentukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: DUNRang Undang-UndangSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

Tok Mat Turun Padang Bantu Kempen BN Johor, Suntik Semangat Jentera Parti di Muar

30/06/2026
0

MUAR – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan turun padang membantu calon dan jentera BN Johor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd