• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Kerajaan Perlu 16,000 Katil – Dr. Hilmi

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16,000 lagi katil diperlukan di hospital kerajaan di seluruh negara terutama di Lembah Klang bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata Malaysia kini mempunyai nisbah 1.85 katil bagi 1,000 penduduk dan jumlah itu tidak mencapai standard nisbah antarabangsa 2.5 katil bagi 1,000 penduduk.

“Perbezaan nisbah ini menunjukkan keperluan katil sebanyak jumlah tersebut (16,000) dan kementerian menggalakkan prosedur penjagaaan harian kepada pesakit, iaitu rawatan sehari sahaja (bagi prosedur kesihatan ringkas) tanpa perlu bermalam di hospital,” katanya kpada pemberita selepas merasmikan Program Kecemerlangan Pengurusan Penjagaan Kesihatan Ke-3 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Dr Hilmi berkata jagaan harian melibatkan lebih 300 prosedur kesihatan yang boleh dibuat dalam jangka masa sehari dan ia menjimatkan penggunaan katil di hospital.

Sementara itu, Dr Azman berkata prosedur jagaan harian kini berjaya diaplikasikan di hospital kerajaan seluruh negara dan ia dilihat sebagai anjakan paradigma dalam sektor kesihatan.

“Contoh terbaik ialah kejayaan Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh yang mencapai standard operasi pembedahan seharian dalam prosedur ‘day care’ sebanyak 40 peratus,” katanya.

Beliau berkata pengenalan ‘transit lounge’, iaitu tempat menunggu selepas pesakit dibenarkan keluar wad di hospital turut mengurangkan masalah ketiadaan katil bagi pesakit lain.

“Pesakit tidak perlu berada dalam wad sementara menunggu anggota keluarga sampai, mereka akan dipindahkan ke transit lounge’ dan ubat-ubatan turut akan dihantar kepada mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Cadang Ketum Ubat Sakit, Pulih Tagih Dadah

17/12/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat tahan sakit atau rawatan ketagihan dadah, walaupun struktur dan molekul...

Skim PPBP: Pesakit Tidak Mampu Bayar Tetap Akan Dirawat

21/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pesakit yang tidak mampu membayar caj dan kos perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd