• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Olimpik: Chong Wei Tak Kisah Gelagat Pemain China

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Datuk Lee Chong Wei, yang menjadi sandaran pingat emas Olimpik negara, tidak terganggu dengan perang psikologi seteru utamanya, Lin Dan atau pemain badminton lain dari China, dalam usahanya memburu emas Sukan Olimpik Rio sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada sukan badminton.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata Chong Wei tidak kisah dengan permainan minda oleh Lin Dan yang berkata dia akan turut mengambil bahagian sekiranya Chong Wei beraksi dalam Olimpik Tokyo 2020.

“Permainan minda seperti ini tidak akan menjejaskan Chong Wei disebabkan beliau sudah sekian lama menceburi sukan ini dan sangat arif dengan gaya serta taktik pemain China ketika tekanan semakin meningkat sebelum acara badminton bermula Khamis ini,” katanya selepas sesi latihan di Pavilion 4, Riocentro, di sini pada Isnin.

Beliau yakin Chong Wei kini bukan lagi pemain seperti dahulu susulan hukuman penggantungan lapan bulan terhadapnya tahun lepas berikutan isu doping dan telah mengharung begitu banyak cabaran untuk berada pada kedudukannya sekarang.

Selepas bertahun-tahun melatih pemain nombor satu dunia itu sejak 2002, beliau percaya Chong Wei boleh menangani tekanan dan tuntutan dalam penampilan keempatnya, sekalipun tidak memenangi pingat emas yang sangat didambakan itu.

“Semangat beliau tinggi dan tahap keyakinan juga baik. Rahsianya adalah bagaimana menangani tekanan pada hari perlawanan. Ia detik penentuan dalam memastikan siapa yang dapat membawa pulang emas,” katanya.

Chong Wei berkemungkinan menentang Lin Dan dalam saingan separuh akhir dan berkemungkinan berdepan Chen Long di peringkat akhir. Beliau kalah dua kali kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.

Bagaimanapun, Seu Bock berkata tiada senjata rahsia Chong Wei kali ini oleh kerana kesemua pemain yang layak ke Olimpik sudah maklum benar dengan corak permainan masing-masing disebabkan mereka sama-sama beraksi dalam banyak kejohanan selama bertahun-tahun.

Berdasarkan pemerhatian terhadap anak didiknya itu, beliau berkata Chong Wei kini lebih bersedia berbanding cabaran Olimpiknya sebelum ini dan semakin matang untuk menghadapi cabaran itu.

Mengenai persediaannya di sini, jurulatih itu berkata kedatangan awal pemain badminton ke Rio memberi banyak kebaikan kerana mereka dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan venue kejohanan.

Chong Wei akan memulakan saingan dalam Kumpulan A pada Khamis dengan menentang Soren Opti dari Surinam dan Derek Wong dari Singapura pada Ahad. – BERNAMA

Tags: Lee Chong WeiOlimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Tak Terima Atlet Israel, Malaysia Mungkin Hilang Hak Tuan Rumah

31/12/2021
0

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran Malaysia mungkin hilang hak menjadi tuan rumah acara sukan pada masa depan jika ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd