• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Orlando, Giliran Justin Bieber Pula Tayang ‘Aset’

oleh AK-47
09/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI sini sedang musim buah, di sana musim ‘lain’ pula: berbogel di tempat awam!

Rasanya, pasti pemerhati industri hiburan antarabangsa sudah mengetahui ‘perang dingin’ antara penyanyi popular Justin Bieber dan pelakon Hollywood Orlando Bloom.

Sejak insiden bertumbuk mereka pada tahun 2014 lalu, kedua-dua selebriti kacak ini nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berbaik dalam masa terdekat ini.

Punca mereka bergaduh dikatakan oleh kerana Bieber telah menyatakan bahawa dia pernah meniduri bekas isteri Bloom, model jelita Miranda Kerr, pada tahun 2012.

Selepas Orlando, Giliran Justin Bieber Pula Tayang 'Aset'

Berang dengan kenyataan kurang ajar itu, pelakon Lord Of The Rings itu telah bertindak menghayunkan penumbuk kepada Justin di luar sebuah kelab malam, sebelum pergaduhan mereka dileraikan oleh pengawal peribadi masing-masing.

Sejak itu, Justin tidak habis-habis cuba melancarkan serangan provokasi terhadap Orlando dengan memuatnaik gambar Miranda berbikini sambil diperhatikan Orlando yang sedang menangis di sebelahnya.

Dua tahun selepas pergaduhan mereka tercetus, kini Justin mempunyai ‘modal’ baru untuk menarik perhatian Orlando.

Selepas kecoh gambar-gambar Orlando berbogel semasa percutian di Itali bersama kekasih barunya, penyanyi Katy Perry tersebar, Justin juga tidak mahu kalah kerana dia turut memuat naik gambarnya berbogel dengan kemaluan hanya ditutupi pelampung!

Baca: Orlando Bloom Tayang Kemaluan Ketika Bercuti

Bahkan, paparazi telah berjaya menangkap gambar penyanyi Where Are You Now itu berenang tanpa seurat benang semasa berlibur di Hawaii bersama rakannya, model Australia, Sahara Ray.

Insiden ini meletup di media sosial apabila netizen dan peminat kedua-dua selebriti ini masing-masing membuat andaian bahawa mungkin Bieber cuba untuk mengalih perhatian terhadap Orlando kepada dirinya.

“Mula-mula Orlando Bloom berbogel, kemudian Justin Bieber pula? Masa-masa macam ni lah yang jadikan hidup lebih bermakna!” tulis @JenniferRDxo di Twitter.

Ini bukanlah pertama kali Justin Bieber dengan ‘slumber’ menayangkan kemaluannya di tempat awam.

Tahun lalu, gambarnya bertelanjang bulat semasa bercuti di pulau Bora-Bora telah dirakam oleh paparazi dan menerima liputan meluas oleh kerana saiz ‘asetnya’ yang disifatkan sebagai ‘amat mengagumkan’. - MYNEWSHUB.CC

Tags: bogelJustin Bieber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

Pasangan Kekasih Tua Kantoi ‘Projek’ Di Tanah Perkuburan Cina

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sepasang lelaki dan wanita dipercayai separuh usia...

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

Bogel Di Surau Plaza Tol, Dua Sahabat Dipenjara

13/11/2023
0

BATU PAHAT: Lelaki dan wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan berbogel di surau plaza tol,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd