• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alatan Pergigian Tertinggal Dalam Perut

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DES PLAINES (Amerika Syarikat) – Seorang lelaki diberi pampasan AS$675,000 (RM2.7 juta) selepas satu alat yang digunakan doktor gigi ketika proses menampal gigi didapati berada di dalam perutnya.

Janus Pawlowicz berkata, dia menjalani rawatan di klinik rakan lamanya, Dr Beata Kozar-Warchalowska di Des Plaines, Illinois, dua tahun lalu untuk menjalani prosedur menampal saluran akar giginya.

Doktor itu kemudian memberitahunya, satu alat yang digunakan telah hilang.

“Doktor itu tahu dia terjatuhkan alat berkenaan tetapi tidak tahu apa terjadi dengannya. Dia mencarinya tetapi tidak jumpa. Dia berjanji akan telefon anak guam saya jika menemui alat itu,” kata peguam Pawlowicz, Rob Kohen.

Beberapa hari kemudian Pawlowicz mengalami sakit perut yang amat sangat.

Selepas menjalani pemeriksaan dan imbasan, doktor mendapati alat doktor gigi berkenaan berada di dalam perutnya. Alat yang dikenali sebagai ‘barbed breach’ itu terpaksa dikeluarkan menerusi pembedahan kecemasan.

“Saya sudah lama menjadi pelanggannya dan tidak menyangka ini akan berlaku,” kata Pawlowicz.

Dia menyaman Beata dan diberi pampasan sebanyak AS$675,000.

“Walaupun kecil, alat itu boleh membunuh saya,” katanya. – Agensi/myMetro Online

Tags: doktor gigisaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.