• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Surat Luahan Hati Seorang Ayah Buat Anwar Ibrahim

oleh AK-47
31/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Semangat kebangkitan politik yang bermula di institusi pengajian tinggi adalah perkara biasa di dunia, termasuk di negara ini.

Maklumlah, saat ini para mahasiswa sedang melalui usia darah panas justeru ramai yang berkobar-kobar mahu mengubah apa sahaja perkara yang dirasakan tidak kena buat mereka.

Namun, jika semangat ini dicurahkan pada perjuangan yang salah atau menggunakan jalan yang salah, hingga akhirnya ditahan atau pengajian tergadai maka malanglah nasib mahasiswa tersebut kerana tanggung jawab wahid mereka sepatutnya adalah menuntut ilmu dahulu.

Begitu pun semalang-malang nasib mahasiswa terbabit, lebih pedih lagi hati ibu bapa yang mengasuh dan membesarkan mereka selama ini dengan harapan si anak akhirnya berjaya mengubah nasib diri dan keluarga.

Bagi kami, inilah kepedihan yang dapat dirasa saat membaca surat di bawah.

Surat didakwa ditulis seorang ayah bekerja sebagai petani yang kini viral di laman maya ini, ditujukan kepada Pemimpin pembangkang yang sedang menghitung nasib di Istana Keadilan, Anwar Ibrahim.

Dalam surat ini si bapa melahirkan perasaan terkilannya kerana perjuangan peribadi Anwar telah mengheret anaknya yang dipanggil Osman dalam insiden rempuh pagar di Universiti Malaya tempoh hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar Dan Penyokong Rempuh Masuk UM Malam Tadi

Tindakan anaknya menggusarkan bapa ini kerana matlamat utama dia menghantar Osman ke sana adalah menuntut ilmu untuk mengubah nasib keluarga yang miskin seterusnya membantu adik-adiknya yang masih bersekolah.

Berikut kandungan surat tersebut:

Daripada Hj Yusof
Kg Parit 1

Tarikh 28 Okt 2014

Kepada : Khas untuk Sdra Anwar Ibrahim dan keluarga

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saya sebagai ayah kepada Osman, Pelajar tahun I Jurusan Undang-undang di UM amat kesal di atas situasi di UM malam semalam. Kekesalan dan kesedihan ini disebabkan anak saya dibabitkan dengan soal peribadi saudara dan keluarga. Ia tidak langsung membabitkan keluarga terutamanya anak saya.
Saya bekerja bertungkus lumus siang malam untuk mencari wang dan nafkah bagi membiayai pelajaran anak saya, agar anak saya menjadi seorang yang terpelajar dan seterusnya merubah kehidupan keluarga petani. Osman adalah anak sulung dari lapan beradik yang turut bersekolah rendah dan menengah. Jika Osman gagal di dalam pelajarannya, ia tidak akan dapat merubah keluarga ini.

Sdra Anwar, apakah sdra menyelami betapa pahitnya menjadi bapa kepada sebuah keluarga yang miskin. Anak saya dihantar ke UM bukan untuk terlibat politik sdra tetapi untuk menjadikan keluarga ini lebih terjamin masa hadapan. Sdra pun tidak pernah memberi bantuan apatah lagi mahu melawat keluarga ini.

Saya berjanji dan bersumpah tidak akan merelakan perbuatan sdra sampai bila-bila.

Dari segi lain, kami pasti Osman dan mana-mana penuntut IPT apatah lagi Universiti Malaya adalah mereka yang terpilih kerana mempunyai fikiran cerdas.

Justeru, seharusnya Osman dan mahasiswa lain yang mempunyai semangat sepertinya berfikir dalam-dalam sebelum menyertai sesuatu perjuangan yang boleh menggadai masa depan mereka dan keluarga pada masa akan datang.

Bukanlah bermakna semua perjuangan itu salah tetapi caranya jangan sampai silap.

Berfikirlah, sebelum anda memperjuangkan hak orang lain, adakah hak insan paling layak anda perjuangkan seperti ibu bapa sudah dilunaskan terlebih dahulu? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

Tags: Anwar Ibrahimsurat terbuka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd