• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tangkap ‘Hantu’ Letak Air Kencing Depan Rumah

oleh
06/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Betapa terkejutnya seorang warga emas di China apabila sering menemui kantung plastik berisi najis dan air kencing di depan pintu apartmennya di bandar raya Dali, wilayah Yunnan dekat sini.

Pada awalnya, mangsa yang hanya dikenali sebagai Yang hanya bertindak membersihkan kotoran tersebut dan membuangnya ke tempat sampah. Namun, situasi aneh tersebut terus berulang selama tujuh bulan.

Peristiwa ini bermula pada Januari lalu ketika Yang menerima sebungkus surat daripada individu tidak dikenali yang mengandungi amaran bahawa dia akan dihukum kerana mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Yang kemudian cuba membalas surat tersebut dan meminta agar mereka dapat bertemu secara langsung dengan dirnya supaya dapat menjelaskan situasi berkenaan tetapi pelawaan itu tidak pula berbalas.

Sejak waktu itulah teror kotoran dan air kencing manusia terus berlaku. Kesal kerana sering diganggu, Yang kemudian memasang kamera litar tertutup (CCTV), namun kamera itu dirosakkan pada Julai lalu.

Polis Tangkap 'Hantu' Letak Air Kencing Depan Rumah

Meskipun rosak, kamera tersebut berhasil merakam susuk ‘hantu’ seorang lelaki yang didapati mengendap curi di koridor apartmen kediamannya sebelum menaruh kotoran manusia di depan pintu rumah Yang.

Si ‘hantu’ itu dipercayai manusia yang menyamar dengan mengenakan topeng muka manakala tubuhnya dibungkus jubah putih, memakai kasut berwarna merah menyala dan rambut palsu panjang berwarna hitam.

Hasilnya, Yang kemudian melaporkan masalah ini kepada pihak polis dan pada 3 Ogos lalu, pihak berkuasa berjaya menangkap sang hantu yang sebenarnya adalah seorang lelaki berusia 42 tahun.

Motif tindakan suspek ini masih disiasat oleh polis dan untuk itu mereka terpaksa menahan secara reman si ‘hantu’ selama 50 hari untuk menjalani pemeriksaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ChinaHantu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

01/12/2025
0

OLEH MYNEWSHUB  CIANJUR, 1 Disember 2025 – Suasana kecoh tercetus di sebuah kilang pengeluaran boneka, PT Aurora World di Sukaluyu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd