• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Hanez Suraya Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Baru hendak kembali bertatih dalam industri seni tempatan setelah sekian lama digam stesen televisyen tempatan, kini sekali lagi Hanez Suraya dihimpit isu baru.

Baru-baru ini, Hanez ada berkongsikan berita gembira kepada para peminatnya yang dia telah ditawarkan memegang satu watak dalam sebuah telefilem diberi judul ‘Cikgu Timah Sekolah Bandar’.

Namun demikian, hasratnya untuk menjayakan telefilem tersebut tidak kesampaian apabila dikhabarkan, Hanez telah dikeluarkan daripada senarai produksi tersebut. Alahai, kesiannya.

Lagi parah, Hanez sendiri telah menguar-uarkan berita gembira itu kepada umum di laman instagramnya, namun sebaliknya dia tidak dapat berlakon dan tempatnya diisi dengan pelakon lain.

Memetik kenyataan Hanez di salah sebuah akhbar tempatan, “Sebenarnya saya dah mula berlakon telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan watak saya digantikan dengan orang lain.”

“Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya ditukar kepada orang lain. Cuma tak perlulah saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya,” katanya.

Nampaknya, para penerbit masih tidak berani mempertaruhkan Hanez dalam produk mereka, mungkin juga di atas permintaan stesen TV sendiri yang tidak mahu merisikokan slot yang diberi.

Yelah, bak kata orang kuat Media Prima, Ahmad Izham Omar, iklan yang mengisi setiap slot itu merupakan penjana utama stesen TV, maka mereka perlu menjaga ‘rating penontonan’.

Buat Hanez, semoga anda terus tabah dan bersabar. Kalau ada rezeki, tak ke mana! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: drama melayuhanez suraya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Benci Cintaku Disambung?

09/08/2018
0

DALAM tempoh setahun, kira-kira lima buah drama rantaian tempatan pasti menarik perhatian penonton sehingga mampu mencipta fenomena tersendiri gara-gara jalan...

Tak Suka Nama Disebut, Hanez Mohon Awi Jaga Hati

30/03/2018
0

KENANGAN masa lalu merupakan satu perjalanan yang perlu kita lupakan serta dijadikan sebagai pengajaran. Tak semua orang suka apabila kenangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd