• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Seru Rakyat Tolak Campur Tangan Negara Asing!

oleh AK-47
05/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran supaya jangan membiarkan kuasa asing mencampuri urusan Malaysia kerana beliau adalah seorang murabbi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Abdul Hadi mempunyai maklumat berkaitan isu-isu di negara Timur Tengah dan cubaan rampasan kuasa di Turki baru-baru ini.

“Urusan sebagai murabbi menyaksikan keluasan perjalanan beliau manakala peranan sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia menemukannya dengan aktor-aktor penting geopolitik antarabangsa, memberikan beliau akses kepada maklumat dan perspektif esklusif.

“Umat Islam di Malaysia wajar cakna akan perkembangan-perkembangan ini sebagai satu iktibar di dalam kita memelihara kepentingan Islam di negara kita sendiri,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini menegaskan PAS menolak sebarang campur tangan negara asing dalam urusan Malaysia berikutan kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengenai isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kenyataan beliau mendapat kecaman dan kutukan hebat sebilangan pemimpin Pakatan Harapan yang sedang bergembira dengan tindakan pihak berkuasa negara asing tersebut.

“Seringkali Presiden PAS mengulangi amaran jangan dibiarkan kuasa asing mencampuri urusan negara kita. Maka fahamilah bahawa sesungguhnya Tuan Guru melihat secara dekat bahana campur tangan kuasa asing.

“Semoga Malaysia, dalam suasana kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan, kekal bebas dari campur tangan kuasa asing,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBDOJNasrudin HassanPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd