• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tergamak Abai Anak Kerana Tagih Pokemon Go

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHOENIX (Amerika Syarikat) – Pasangan suami isteri ditahan polis selepas membiarkan anak mereka di luar rumah tanpa pemantauan kerana terlalu asyik bermain permainan Pokemon Go.

Jurucakap polis, Paul Babeu berkata, Brent Daley, 27, dan isterinya, Brianne, 25, membiarkan anak mereka yang berusia dua tahun keseorangan di rumah pada minggu lalu ketika pasangan itu keluar memburu karakter Pokemon.

Seorang jiran menghubungi polis selepas melihat seorang kanak-kanak lelaki yang hanya memakai baju dan lampin berada di luar rumah pasangan itu di Lembah San Tan pada jam 10.30 malam waktu tempatan.

Polis yang tiba di rumah berkenaan menemui kanak-kanak itu dalam keadaan menangis, basah dengan peluh dan kotor.

“Cuaca ketika itu sangat panas dan kanak-kanak berkenaan cuba masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci,” katanya.

Apabila polis menghubungi Daley bagi memberitahu apa yang berlaku, lelaki itu hanya berkata, “Apa-apalah,” dan terus meletakkan telefon.

Sejam selepas itu, pasangan berkenaan akhirnya pulang ke rumah dan memberitahu polis mereka keluar mengisi minyak kereta ketika kanak-kanak itu sedang tidur.

Bagaimanapun, selepas disoal siasat pasangan itu akhirnya mengaku mereka merayau di seluruh bandar bagi memburu karakter Pokemon.

“Tindakan pasangan ini tidak dapat diterima akal,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu ditahan dan didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak dan cuai.

Anak lelaki pasangan berkenaan kini ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Kanak-Kanak. – Agensi/myMetro Online

Tags: Pokemon GoSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd