• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Larang Tanam Pokok Ketum Secara Komersial

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penanaman pokok ketum secara komersial di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini.

Beliau berkata ia turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati daun ketum lebih banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan berbanding kebaikan.

“Buat masa ini kerajaan putuskan tidak izinkan (pokok ketum) ditanam secara komersial, diedarkan dan digunakan kerana keburukannya lebih banyak.

“Kita telah dapat input secara saintifik, daun ketum ini ada unsur-unsur kebaikan tapi lebih banyak unsur-unsur tidak baik jika digunakan iaitu boleh menyebabkan ketagihan dan menimbulkan penyakit tertentu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan bagaimanapun tidak menghalang penggunaan daun ketum untuk kajian perubatan secara saintifik.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebelum ini dilaporkan bercadang ingin mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman pokok ketum secara berskala besar bagi memenuhi industri farmaseutikal dari negara luar, yang usaha itu juga boleh mendatangkan keuntungan tinggi kepada pekebun kecil.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan bertegas akan mengambil tindakan kepada pihak yang ingkar dengan arahan larangan menanam pokok ketum untuk tujuan komersial.

Beliau berkata mereka yang berkenaan boleh diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952 di bawah KKM. – BERNAMA

Tags: ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd