• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Najib Batalkan Saman Tun M Didengar 7 Nov

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Nov bagi mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan saman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana pembangunan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Abu Bakar Jais hari ini yang turut dihadiri peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Dr Mahathir dan dua lagi.

Najib, pada 19 April, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman ketiga-tiga mereka atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku dan pecah amanah sebagai penjawat awam seperti didakwa oleh ketiga-tiga plaintif.

Dr Mahathir, 90, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin, 41, memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan salah laku di pihak perdana menteri melibatkan dana pembangunan strategik 1MDB.

Mohd Hafarizam berkata mahkamah mengarahkan plaintif-plaintif memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Najib untuk membatalkan saman itu pada 5 Sept manakala defendan diperintahkan memfailkan afidavit balasan pada 19 Sept.

Muhammad Rafique pula memaklumkan bahawa pihaknya mendapat arahan daripada ketiga-tiga anak guamnya untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim itu yang menolak permohonan Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina untuk memeriksa balas Najib berhubung afidavit sokongannya dalam saman itu.

“Kami beranggapan bahawa permohonan (memeriksa balas Najib) boleh dikemukakan semasa pendengaran untuk batalkan saman itu,” katanya.

Pada 27 Julai lepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina untuk memeriksa balas Najib dengan alasan tidak perlu berbuat demikian kerana isu (mengenai pegawai awam) patut diputuskan selepas permohonan Najib untuk membatalkan saman Dr Mahathir dan dua lagi, didengar.- BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadNajib Tun Razaksaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd