• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Tidak Akan Naikkan Harga Rumah

oleh Ahmad Albab
29/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bakal pembeli rumah di Sarawak diminta tidak terpedaya dengan dakwaan pemaju bahawa harga hartanah akan meningkat susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.

Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pembeli tidak akan dibebankan dengan GST berkadar enam peratus itu kerana pemaju bakal menikmati potongan cukai input bagi bahan pembinaan yang mereka guna.

“Mereka memang perlu membayar GST bagi bahan tersebut, tetapi pada akhir rantaian (proses pembinaan), pemaju boleh membuat tuntutan semula GST terhadap bahan yang dibeli,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemungkinan berlaku pembelian tergesa-gesa disebabkan kebimbangan harga rumah melambung seperti diuar-uar oleh pemaju.

“Harga tidak boleh lebih tinggi daripada harga sekarang. Pada masa ini anda membayar 10 (peratus cukai kerajaan) campur enam (peratus cukai jualan). Jika ia (GST) pada enam peratus, harga patut lebih rendah. Itu baru logik,” katanya.

Abang Johari berkata kementeriannya akan menganjurkan seminar khusus mengenai GST bagi semua pihak berkepentingan pada 20 Jan depan, bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai implikasi cukai tersebut.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah mewujudkan mekanisme bagi menampung keperluan perumahan jika penawaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Beliau berkata dua anak syarikat kementeriannya, Daya Builders Sdn Bhd dan Mutiara Mortgage and Credit, masing-masing akan memainkan peranan sebagai pemaju perumahan dan pemudah cara pembiayaan.

Menurutnya pendekatan itu juga bertujuan mewujudkan persaingan dengan pemaju swasta yang dipacu keuntungan dalam melaksanakan projek perumahan.

“Syarikat (Daya Builders) tidak terlalu bertujuan membuat keuntungan kerana objektif utama ialah menyediakan perumahan berkualiti dan mampu milik untuk rakyat,” kata Abang Johari.

Beliau juga berkata Ordinan Pembangunan Perumahan Sarawak (Kawalan dan Pelesenan) 2013 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2013 akan dikuat kuasa 1 Nov ini.

Beliau berkata undang-undang baharu itu akan mempertingkat perlindungan terhadap hak dan kepentingan pembeli rumah termasuk dalam isu projek terbengkalai. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd