• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Polis Mewakili Suara Pemuda UMNO – Azwan Bro

oleh AK-47
03/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini tampil menjelaskan kedudukan beliau dalam laporan polis berhubung dakwaan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia adalah mewakili suara Pemuda UMNO.

Khairul Azwan atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro berkata, adalah menjadi tanggungjawab parti untuk mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Menjadi tanggungjawab kami untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri dan tindakan membuat laporan polis adalah salah satu langkah daripada kami (Pemuda UMNO).

“Mengenai hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan daripada pihak polis, maka saya ambil pendekatan mudah.

“Terbaik buat laporan polis daripada ambil tindakan sendiri, saya ajak rakyat Malaysia jika ada keraguan atau kegusaran kita buat laporan polis. Saya ada asas untuk buat laporan polis,” katanya.

Khairul Azwan turut berkata bahawa Pemuda UMNO tetap tekad untuk terus melaksanakan tanggungjawab mempertahankan Perdana Menteri dan Presiden parti tersebut.

“Saya juga ingin berpesan jika kamu menyerang Datuk Seri Najib bermakna kamu menyerang UMNO dan BN. Dan jika kamu menyerang UMNO dan BN kami akan bangkit membalas.

“Kami akan memastikan tanggungjawab dan amanah untuk mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dibuat dengan apa cara sekalipun (at any costs),” ujarnya.

Beliau berkata demikian di sidang media di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) di Kelana Centre Point di sini, sebentar tadi.

Laporan Polis Mewakili Suara Pemuda UMNO - Azwan Bro

Terdahulu, Azwan Bro pada 26 Julai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur yang melibatkan tiga bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini menyatakan laporan dibuat atas kapasitinya sebagai seorang individu kerana mempunyai maklumat tertentu sebagai satu konspirasi menjatuhkan kepimpinan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 2 Ogos mengesahkan siasatan terhadap Azwan Bro telah dihentikan kerana siasatan awal polis mendapati laporan hanya berdasarkan andaian semata-mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pemuda UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd