• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pernah Hilang Ingatan, ‘Super KIP’ Tak Serik Berlumba

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Khairul Idham Pawi memahat sejarah baharu sukan permotoran negara apabila anak muda lebih dikenali dengan gelaran ‘Super KIP’ itu menjadi pelumba yang mula digeruni di pentas perlumbaan Moto3 musim ini.

Tidak pernah berasa serik, itulah ‘jiwa’ pelumba muda kelahiran Kampung Gajah, Perak itu biarpun pernah mengalami kemalangan ketika berusia 13 tahun.

Menceritakan pengalamannya sebagai pelumba, beliau pernah patah pergelangan tangan kanan ketika menjalani latihan dan tidak sedarkan diri akibat kemalangan di Litar Qatar dalam perlumbaan Asia Dream Cup pada 2013 menyebabkan beliau hilang ingatan sehari.

“Paling teruk masa saya tengah berlumba dan kemalangan, motosikal daripada belakang langgar kepala saya…saya tidak ingat apa-apa dalam sehari. Kalau setakat jatuh motosikal, itu sudah biasa,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang sedar berdepan risiko apabila menceburkan diri dalam sukan permotoran, bagaimanapun menganggap itu adalah sebahagian daripada cabaran untuknya mengejar cita-cita menjadi pelumba terkemuka dunia satu hari nanti.

Meminati sukan permotoran sejak zaman kanak-kanak, Khairul Idham berkata seawal usia 10 tahun, beliau sudah mula menunggang motosikal jenis ‘Kapcai’.

“Sejak daripada kecil lagi saya memang minat motosikal, tiada sukan lain yang saya minat kecuali motosikal,” katanya.

Khairul Idham yang mewakili Honda Asia Team, tampil buat pertama kali dalam perlumbaan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini, dan membuat kejutan dengan menjuarai pusingan kedua di Litar Argentina.

Pelumba berusia 18 tahun itu sekali lagi mengharumkan nama negara apabila Lagu Negaraku berkumandang di Litar Jerman pada pusingan ke-lapan, baru-baru ini.

Tidak mahu mendabik dada, Khairul Idham berkata beliau dan pasukannya masih baru dan banyak pengalaman yang perlu ditimba agar prestasi mereka lebih konsisten.

“Saya dan pasukan telah lama bekerjasama. Saya tiada masalah komunikasi dengan mana-mana mekanik, hubungan kami baik…persefahaman sangat penting untuk menyediakan jentera yang mantap,” katanya.

Sepanjang musim ini, Khairul Idham menyifatkan perlumbaan di Litar Jerman paling sukar dan mencabar, namun beliau membuktikan sebaliknya kerana biarpun bermula dari petak ke-20, beliau berjaya menjuarai perlumbaan tersebut.

“Mungkin saya bertuah, ketika itu hujan, saya memang suka berlumba di trek basah. Sebenarnya trek di Litar Jerman paling mencabar kerana saiz trek itu kecil, tambahan pula semasa sesi latihan dan kelayakan, kami bergelut untuk dapatkan keadaan motosikal yang terbaik,” katanya.

Walaupun masih muda, Khairul Idham merupakan seorang yang matang dan serius dalam memikul tanggungjawab sebagai pelumba dan beliau memasang cita-cita untuk menjadi seperti idolanya Marc Marquez, pelumba MotoGP dari Sepanyol.

“Saya sangat mengagumi beliau (Marquez) kerana cara beliau berlumba sangat agresif. Tempat kemudahan istirehat pasukan kami bersebelahan, saya sering berjumpa dan berbual dengan beliau. Setiap kali habis perlumbaan, beliau akan mengucapkan tahniah kepada saya,” katanya.

Khairul Idham juga berazam untuk menjadi pelumba MotoGP dan beliau menyasarkan dalam tempoh kurang lima tahun untuk mencapai cita-citanya itu.

“Saya tidak boleh terus daripada Moto3 ke MotoGP, masih banyak perlu saya belajar, saya akan pastikan cita-cita saya untuk menjadi pelumba MotoGP akan tercapai satu hari nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairul Idham Pawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KIP Berjaya Jalani Surgeri Jari Di Sepanyol

14/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani surgeri tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona,...

Salah Pilih Tayar Jejas Khairul Idham, Adam Noroddin

29/10/2016
0

SEPANG - Pilihan tayar tidak bersesuaian dengan trek basah menjadi punca prestasi hambar dua pelumba Moto3 negara, Adam Noroddin dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd