• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Pilih Tayar Jejas Khairul Idham, Adam Noroddin

oleh Ahmad Albab
29/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pilihan tayar tidak bersesuaian dengan trek basah menjadi punca prestasi hambar dua pelumba Moto3 negara, Adam Noroddin dan Khairul Idham Pawi pada sesi kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia, di sini hari ini.

Adam yang mewakili pasukan Drive M7 SIC Racing mencatat masa dua minit 28.965 saat di Litar Antarabangsa Sepang manakala Khairul Idham (Honda Team Asia) mencatat 2:28.989s, untuk masing-masing meraih petak ke-18 dan 20 bagi perlumbaan Moto3 esok.

Bagi Adam, kesilapan penggunaan tayar menjadi faktor utama beliau gagal memberi saingan sengit pada sesi kelayakan di litar basah hari ini.

“Pertamanya, saya ingin memohon maaf kepada semua kerana gagal menyerlah pada pusingan kelayakan ini. Sebenarnya saya juga mengharapkan keputusan yang lebih baik tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Beberapa kesilapan pada awal pusingan iaitu menggunakan tayar untuk litar kering ternyata menjejaskan aksi. Dari situ saya perasan pasukan yang menggunakan tayar untuk litar basah lebih laju dan serasi dengan keadaan litar.

“Sebab kesilapan itu, kami membuang masa kerana perlu menukar pelarasan untuk motosikal,” kata Adam kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Khairul Idham turut senada dengan Adam yang mengakui kesilapan penggunaan tayar kering dalam keadaan trek basah menyukarkan beliau melakukan catatan masa yang lebih baik.

“Sesi kelayakan tadi agak sukar kerana saya kurang yakin seperti semalam (sesi latihan bebas). Pagi tadi saya terjatuh dua kali. Itu mungkin sebabnya saya kurang yakin dan hilang tumpuan tadi,” jelas pelumba yang diberi jolokan ‘Super KIP’ itu.

Seorang lagi pelumba negara yang beraksi atas tiket wild card dari pasukan Peugeot MC Saxoprint, Amirul Hafiq Azmi akan bermula di petak ke-22 dengan catatan 2:29.334s.

Pelumba Red Bull KTM Ajo, Brad Binder dari Rusia meraih petak pertama untuk perlumbaan esok selepas mencatat 2:26.268s.

Pelumba Estrella Galicia 0,0, Jorge Navarro dan Francesco Bagnaia (Pull & Bear Aspar Mahindra Team) masing-masing akan bermula di petak kedua dan ketiga selepas mencatat 2:26.361s dan 2:26.395s. – BERNAMA

Tags: Khairul Idham Pawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KIP Berjaya Jalani Surgeri Jari Di Sepanyol

14/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani surgeri tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona,...

Pernah Hilang Ingatan, ‘Super KIP’ Tak Serik Berlumba

03/08/2016
0

KUALA LUMPUR - Khairul Idham Pawi memahat sejarah baharu sukan permotoran negara apabila anak muda lebih dikenali dengan gelaran 'Super...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd