• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Tak Setuju Cadangan Risda Tanam Ketum

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka tidak bersetuju dengan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menanam pokok ketum, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Walaupun tanaman itu untuk tujuan eksport dan boleh menjana pendapatan pekebun kecil, beliau berkata penyalahgunaan daun ketum telah menimbulkan pelbagai masalah yang membawa kesan memudaratkan kepada rakyat.

Katanya Melaka pada masa ini tidak mempunyai masalah penyalahgunaan daun ketum dalam kalangan rakyatnya terutama generasi muda dan kerajaan negeri tidak mahu mengambil sebarang risiko menjejaskan status itu dengan membenarkan penanaman ketum di negeri ini.

“Tanam di Melaka boleh juga dibawa ke negeri lain sebabkan masalah di negeri lain…ada akta atau tiada akta kita tidak setuju, kerajaan negeri tidak bersetuju cadangan Risda tanam ketum, noktah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.

RISDA sebelum ini dilaporkan bercadang ingin mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan projek penanaman pokok ketum secara berskala besar bagi memenuhi industri farmaseutikal dari negara luar, yang mana usaha itu juga boleh mendatangkan keuntungan tinggi kepada pekebun kecil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebelum ini dilaporkan berkata kementeriannya tidak bersetuju dengan cadangan penanaman ketum oleh RISDA dan Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan juga tidak bersetuju cadangan RISDA menanam ketum di kawasan diwakilinya dan Pulau Pinang.

Sementara itu Idris berkata Pasar Besar Melaka di Peringgit di sini akan dibangunkan semula kerana kawasan itu didapati tidak selamat kerana masalah tanah mendap.

“Seramai 342 peniaga pasar itu akan ditempatkan di tapak sementara di Malim (di sini), pasar baharu yang lebih kukuh dan selamat kita jangka mengambil masa selama tiga tahun untuk dibangunkan,” katanya.

Beliau berkata agensi yang terlibat sentiasa memantau kawasan berhampiran pasar itu terutamanya stesen pengangkutan awam Melaka Sentral dan kawasan kediaman berhampiran bagi memastikan kawasan itu sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Mengulas mengenai kejadian serangan sekumpulan monyet ke atas seorang posmen di Kem Terendak di sini, Idris berkata masalah itu perlu ditangani secara cekap dan bukan hanya pergi membunuh haiwan itu tanpa belas kasihan.

“Saya lihat monyet-monyet ini sudah sampai ke tahap menggangu keselamatan awam, maka agensi seperti Jabatan Perhilitan dan pihak berkuasa tempatan perlu tangani dengan cekap seperti buat kawalan pembiakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ketumRisda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd