• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Kesal DUN Tolak Usul Pemimpin PKR Hina Sultan

oleh
03/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi kesal dengan tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang menolak usul dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN).

Ia berhubung tindakan biadap Naib Presiden PKR, Darell Leiking (gambar atas) menghina khutbah Aidilifitri pada 6 Julai lalu yang juga dilihat secara tidak langsung sebagai jelas menghina insititusi beraja di negeri Selangor.

Ini kerana khutbah berkenaan disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah penyelian Sultan Selangor sendiri selaku Ketua Agama Islam di negeri tersebut.

Malah tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri dengan isu berkenaan membuktikan sikap hipokrit kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya telah menyuarakan cabaran kepada Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR pada 16 Julai yang lalu, namun sehingga kini beliau masih menikus.

“Malah beliau mengambil jalan yang bersikap hipokrit terhadap kenyataan pemimpin yang dalam satu parti dengannya. Lanjutan daripada itu, pada 1 Ogos 2016, saya telah mengemukakan usul tergempar.

“Ia berkaitan dengan perkara tersebut kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh untuk dibahaskan. Namun cadangan terhadap usul ini telah ditolak.

“Beliau beri alasan konon isu ini sedang disiasat oleh pihak polis berikutan daripada laporan Pengarah JAIS,” katanya dalam satu sidang media di bangunan SUK Selangor pada Selasa.

Sebelum ini, Leiking dilaporkan memuat naik status menerusi akaun Facebook peribadi beliau, mempertikaikan khutbah Aidilfitri pada 6 Julai lalu yang menyentuh usaha memartabatkan institusi perundangan Syariah.

Ia berkisar menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang bakal dibahaskan pada persidangan Parlimen akan datang.

Dalam status berkenaan, Leiking turut mempertikaikan isi kandungan khutbah berkenaan yang padanya adalah bersifat ekstremis Islam dan menyifatkan kepimpinan Selangor seakan mengamalkan sistem ektremis di negeri itu.

“Rakyat sendiri sebenarnya sudah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan cuba sentuh sensitiviti agama dan umat Islam hanya bertujuan meraih sedikit perhatian dan populariti politik oleh PKR ini.

“Amalan politik keterlaluan seumpama ini sudah wajib ditolak rakyat,” kata Budiman sambil menggesa PKR agar perlu mengambil tindakan tegas terhadap Leiking yang telah menghina Sultan Selangor dan JAIS.

BN Kesal DUN Tolak Usul Pemimpin PKR Hina Sultan
Budiman Mohd. Zohdi

Berikut kenyatan penuh beliau:

Pada 7 Julai 2016, Naib Presiden PKR, Darell Leiking telah memuat naik status menerusi akaun Facebook peribadi beliau, yang antara lain kandungannya, mempertikaikan khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sempena Aidilfitri 6 Julai lalu yang ada menyentuh mengenai usaha dalam mempertingkatkan serta memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa “kelihatan Selangor ditadbir oleh ekstrimis Islam” melalui kenyataan beliau, saya petik “It is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor.”

Sebagai langkah awal, saya telah menyuarakan cabaran kepada YAB Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR pada 16 Julai yang lalu, namun sehingga kini beliau masih menikus dan mengambil jalan yang bersikap hipokrit terhadap kenyataan pemimpin yang se-Parti dengannya.

Lanjutan daripada itu, pada 1 Ogos 2016, saya telah mengemukakan usul tergempar berkaitan dengan perkara tersebut di atas kepada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor untuk dibahaskan.

Namun cadangan terhadap usul ini telah ditolak atas alasan isu ini sedang di siasat oleh pihak PDRM berikutan daripada laporan Pengarah JAIS.

Usul ini dikemukakan ke Dewan Yang Mulia adalah kerana rakyat sendiri sebenarnya sudah mula muak dan jijik dengan sikap serta amalan politik keterlaluan yang cuba menyentuh sensitiviti agama dan umat Islam yang hanya bertujuan untuk meraih sedikit perhatian dan populariti politik oleh parti PKR ini.

Amalan politik keterlaluan seumpama ini sudah wajib ditolak rakyat.

Saya yakin dan percaya bahawa sekiranya cadangan untuk dibahaskan usul ini diterima, maka Dewan Yang Mulia ini dapatlah mengambil pandangan dan input daripada Yang Berhormat Kerajaan mahupun pembangkang, dan segala pandangan serta input ini bolehlah dijadikan sebagai garis panduan supaya keceluparan seperti ini tidak berlaku di masa akan datang.

Menyedari hakikat bahawa Rakyat dan Raja berpisah tiada, dan Rakyat bernaung di bawah payung pemerintahan Baginda, maka kita tidak mahu lagi kenyataan yang berkecenderungan menghina institusi Raja ini dijadikan satu norma dan kebiasaan kepada mereka.

Lantaran daripada itu, saya dengan ini menyatakan kekesalan saya yang amat bahawa penolakan terhadap cadangan untuk dibahaskan akan usul ini adalah suatu yang bersifat tidak peka, tidak sensitif dan tidak akademik didalam menjalankan urustadbir Negeri dengan sewajarnya.

BUDIMAN MOHD. ZOHDI
ADUN SG. PANJANG

Tags: Budiman Mohd ZohdiDarell LeikingJAIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd