• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Airbus Tawarkan Pesawat Peninjau C295 Kepada TUDM

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Airbus Defence and Space menawarkan pesawat peninjau C295 untuk rondaan maritim kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM, kata Ketua Pesawat Tentera Airbus Fernando Alonso hari ini.

Model C295 dari generasi baharu ini merupakan pesawat pengangkut taktikal yang serba boleh serta turut digunakan oleh tentera udara Indonesia, Filipina dan Thailand.

“Kami akan menawarkan TUDM, apa yang kami panggil sebagai produk yang unik serta yang amat sesuai untuk senario keperluan di rantau ini,” katanya semasa taklimat media mengenai operasi syarikat pembuat pesawat itu di rantau ini.

Tawaran ini dibuat seiring dengan rancangan syarikat pertahanan dan angkasa Eropah itu yang mahu menjadi sebahagian daripada aktiviti pesawat rondaan maritim di rantau ini terutamanya, ada negara yang sudah pun mengoperasikan C295.

Model itu mampu membawa beban sehingga sembilan tan atau sehingga 71 kakitangan, pada kelajuan maksimum 260 knot/480 kilometer sejam.

Ia dilengkapi dengan gear pendaratan dan kabin bertekanan, sehingga mampu terbang sehingga 25,000 kaki ketinggian, tetapi masih mengekalkan prestasi luar biasa iaitu kemampuan untuk membuat pelepasan dan pendaratan di landasan pendek termasuk jenis bukan konkrit serta keupayaan membuat penerbangan mendakap bumi.

“Kami telah membangunkan keupayaan misi tertentu dalam pesawat ini termasuk carian dan menyelamat, rondaan maritim serta pengintipan,” katanya. – BERNAMA

Tags: TUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd