• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Perkecilkan Sumbangan PAS Di Selangor – Iskandar

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad memberi peringkatan kepada semua pihak di negeri itu jangan sesekali memperkecilkan sumbangan PAS di Selangor.

Kata beliau, kebanyakan ketua kampung dan nazir masjid di Selangor adalah ahli-ahli PAS yang memberi banyak sumbangan kepada negeri itu.

“Ketua-ketua kampung dan nazir-nazir masjid telah hadir majlis perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi (kelmarin).

“Kebanyakan mereka adalah ahli-ahli PAS. Begitu besar sumbangan mereka kepada rakyat Selangor. Jangan ada yang menafikannya,” tegasnya dalam satu kenyataan ringkas melalui akaun Facebook beliau semalam.

Parti Amanah Negara (PAN) semalam terlebih dahulu meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengeluarkan kenyataan berbelit-belit hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.

Naib Ketua PAN, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar dipercayai membuat kenyataan itu berikutan tindakan PKR mula mempersoalkan sumbangan PAN dalam Pakatan Harapan sejak parti serpihan PAS itu tewas dalam dua Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.

Kata Fakhrulrazi, beliau selaku pimpinan PAN tidak akan berdiam diri bila partinya dihina dan diperlekeh kerana ada rakan kompenen Pakatan Harapan mula memperkecilkan kemampuan PAN.

“Jangan kerana sayangkan jawatan sanggup gadai kepentingan rakyat dan hasrat rakyat. Kuasa yang dimiliki ini hanya sementara. Jangan sampai peluang yang ada kini terkubur dek sikap kita yang berbelit kata. Lama dan baru bukan ukuran, cuma yang bodoh berfikiran begitu,” tegasnya.

PKR baru-baru ini menuduh DAP dan PAN punca Pakatan Rakyat berkubur pada tahun lalu menyebabkan PAS tersingkir daripada gabungan parti pembangkang.

Tuduhan itu dibuat kerana PKR tidak bersetuju dengan cadangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal di Pulau Pinang.

PKR tidak yakin Pakatan Harapan dapat mengekalkan penguasaan di Pulau Pinang kerana akan berlaku pertadingan tiga penjuru dengan PAS.

PAS sebenarnya disingkirkan oleh PKR dan DAP daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan.

“Fokus kuatkan Pakatan Harapan yang sudah terbina bukan berlakon bersama Pakatan Harapan tetapi lebih nak menjaga perasaan mereka diluar pakatan. Jangan jadi hipokrit,” kata Mohd. Fakhrulrazi lagi. – Mynewshub.cc

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd