• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Bersaudara Didenda RM2,000 Peras Ugut

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua bersaudara masing-masing didenda RM2,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memeras ugut seorang lelaki bulan lalu.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap L. Jayakumar, 32, dan L. Murali, 26, kerana memeras ugut Muhammad Firdaus Ahmad Shibbe, 27, dengan cara memaksa mangsa menyerahkan RM650 atau keretanya akan ditarik oleh kedua-dua tertuduh tanpa menunjukkan surat kuasa dari pihak bank.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bulatan Jalan Pahang, di sini pada 11.45 pagi, 24 Jun lalu mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Menurut fakta kes, mangsa yang membawa kereta jenis Perodua Myvi telah ditahan oleh kedua-dua tertuduh yang memperkenalkan diri mereka sebagai ejen penarik kereta dari pihak bank.

Mangsa telah meminta tertuduh untuk menunjukkan surat kuasa tarik kereta dari pihak bank tetapi mereka gagal berbuat demikian dan kemudian meminta mangsa menyerahkan wang atau keretanya akan ditarik.

Murali dan Jayakumar yang diwakili peguam R. Mageswaran dalam rayuan mereka memohon hukuman denda yang ringan atas alasan mereka merupakan penanggung utama keluarga dan ini merupakan kesalahan pertama.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal Jaafar memohonmahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor keselamatan awam. – BERNAMA

Tags: Kes Ugutlelakimahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd